Khamis, 17 November 2011

Khairy setuju debat isu NFC

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sedia menyahut cabaran, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli untuk berdebat mengenai isu National Feedlot Corporation (NFC).

Bagaimanapun menurut Khairy, beliau masih belum menerima jemputan rasmi daripada PKR atau Rafizi mengenai perkara itu.








“Saya sentiasa bersedia untuk berdebat, malah sebelum ini, saya telah berdebat dengan ramai orang. Saya hanya mengetahui cabaran itu melalui laman sosial. Mereka belum hantar apa-apa surat kepada saya,” katanya di lobi Parlimen.

Isnin lalu, Rafizi mencabar Khairy untuk berdebat mengenai isu NFC atas alasan Ketua Pemuda Umno itu, bertindak seolah-olah sebagai jurucakap bagi pihak kerajaan dan NFC untuk menangkis setiap tuduhan dilemparkan pembangkang.

“Jika ada surat, kita akan tentukan tarikh (debat). Tetapi kalau dalam masa terdekat, keputusan akan dibuat selepas Perhimpunan Agung Umno,” katanya.

Dalam pada itu Khairy berkata, saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya syarikat pengurus NFC yang diterajui keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Kelu­arga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, tampil memberi penerangan dan penjelasan berhubung isu dibangkitkan, adalah langkah terbaik.

“Apa disarankan Timbalan Perdana Menteri adalah langkah wajar memandangkan syarikat tersebut lebih mengetahui tindakan yang mereka buat,” katanya. (SH)




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: