Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor, Mohd Sany Hamzah merasakan kenyataan ADUN Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim yang mempersoalkan kewajaran langkah Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor meletakkan Anggota Majlis dari kalangan wakil parti politik dalam jawatankuasa tender dan sebut harga pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai orang yang “mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih”.
"Rakyat Selangor sedia maklum bagaimana semasa zaman pemerintahan UMNO/BN, jawatan Ahli Majlis diberikan kepada orang-orang yang mempunyai jawatan di dalam parti dan sentiasa mendapat keuntungan daripada mesyuarat jawatankuasa tender. Ada pihak yang menyebut bahawa pada zaman tersebut Ahli Majlis UMNO/BN tidak perlu kepada elaun bulanan dan elaun mesyuarat kerana telah menyapu semua projek dan tender yang ada di PBT.
"Berbanding keadaan semasa di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat, Ahli Majlis berada di dalam jawatankuasa tender adalah sebagai pemantau perjalanan tender tersebut berjalan dengan telus dan adil tanpa ada kepantingan peribadi," katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Sany turut menyatakan rasa simpati terhadap kepimpinan UMNO/BN apabila kehilangan kuasa pemerintahan disebabkan keangkuhan dan kerakusan diri mereka sendiri umpamanya menjadi seperti kapal yang tidak mempunyai nakhoda, teroleng-oleng di tengah lautan, cuba menyelamatkan diri dengan berpaut kepada apa sahaja benda yang ada di hadapan mata walaupun ianya sekadar fatamorgana.
Oleh itu, pihaknya menyifatkan segala tohmahan dan fitnah yang cuba dilemparkan oleh pihak UMNO/BN selaku pembangkang di Selangor terhadap pengurusan Kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan berhasil.
sumber klik sini
0 respon:
Catat Ulasan