"Dia merupakan pelajar tahun tiga Kolej Wellesley, AS dan kini mewakili Britain dalam pertandingan catur," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Rabu.
Tony berkata, identiti tersebut berjaya didedahkan selepas siasatan terperinci dilakukan oleh Pengurus Teknologi Maklumat di ibu pejabat DAP, Goh Kheng Teong menerusi gambar-gambar yang disiarkan dalam blog papagomo.com dan mediapermatangpauh.blogspot.com.
"Penemuan itu menimbulkan keraguan terhadap dakwaan yang disebarkan dalam blog pro-Umno. Individu itu bukan pelajar di sekolah terbabit. Ia adalah tuduhan liar dan fitnah berniat jahat untuk menjatuhkan maruah seorang pemimpin di negara ini," katanya.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen DAP turut menuntut Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya meminta maaf kepada Lim dan keluarganya berhubung tulisannya di Twitter, semalam.
"Umno juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana ahlinya yang melemparkan tuduhan itu," kata Tony.
Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, mereka sekeluarga akan mempertimbangkan untuk membawa perkara ini ke mahkamah jika Khairy atau pemilik blog pro Umno enggan meminta maaf berhubung dakwaan tersebut.
Baru-baru ini, beberapa blog telah menyiarkan laporan yang mendakwa anak lelaki Guan Eng yang berusia 16 tahun telah mencabul rakan sekolahnya dan ekoran daripada itu dia telah ditukarkan ke sekolah lain.
Blog berkenaan turut mendakwa keluarga mangsa kononnya telah dibayar RM200,000 untuk menutup mulut.
sumber klik sini
1 respon:
Anak LGE wajar menyaman blogger terbabit. Tuntut pada mahkamah agar blogger terbabit tidak dibenarkan melakukan apa-apa bentuk penulisan untuk penyiaran. Ajar sikit blogger keparat tu yang selalu membuat fitnah.
Catat Ulasan