Khamis, 20 Oktober 2011

Alahai polis.. alangkah baiknya kalau cara begini untuk BERSIH 2.0

SHAH ALAM: Polis mengeluarkan permit kepada penganjur Himpunan Sejuta Umat pada Sabtu ini kerana yakin perhimpunan akan berlangsung dengan aman serta mengikut peraturan yang ditetapkan dalam permit.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata acara itu yang dijadualkan dari pukul 2 hingga 6 petang juga diadakan di dalam stadium dan tidak membabitkan perarakan.








"Kita telah teliti program yang akan diadakan iaitu bersajak, nasyid dan ceramah. Kita juga tidak menerima sebarang laporan negatif berhubung perhimpunan itu," katanya kepada pemberita selepas menutup Kursus Pencegahan Jenayah Kilang-Kilang di Selangor, di sini pada Rabu.

Bagaimanapun katanya, polis sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada hari berkenaan.

"Anggota kita sentiasa bersedia dan memastikan kawalan keselamatan beradapada tahap baik termasuk aliran trafik pada hari berkenaan," katanya.

Tun Hisan juga meminta pihak yang berkenaan khususnya penulis blog, agar menghentikan tindakan menghasut orang ramai dengan memberi gambaran negatif terhadap perhimpunan yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam itu.

Katanya tindakan sedemikian boleh mengelirukan orang ramai dan menimbulkankebimbangan yang tidak berasas.

sumber klik sini

PBO kata:

1. alangkah baiknya jika polis bersangka baik pada perhimpunan BERSIH dari awal sebelum ianya dilakukan

2. Alangkah baiknya jika pihak polis bekerjasama dalam memberi permit setelah BERSIH memohon membuatnya dalam stadium

3. Alangkah baiknya jika polis bekerjasama dalam mengawal lalu lintas semasa perhimpunan BERSIH

tapi ... apa boleh buat, dari awal-awal lagi ada signalyang "mengarah" HENTIKAN BERSIH dari awal!




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: