Isnin, 15 Ogos 2011

Peneroka kena kencing lagi

TELUK KEMANG: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan pemberian wang raya kepada peneroka Felda sebenarnya mempermain-mainkan hak mereka, kata Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Katanya, peruntukan RM200 hingga RM400 kepada peneroka yang bersama atau tidak bersama Felda, tidak mampu menampung semula kerugian dan penipuan yang ditanggung mereka selama ini.





“Pemberian wang raya itu jelas mempermainkan hak peneroka FELDA. Ia mencukupi bagi berbanding kadar kerugian hasil perahan kelapa sawit dan hasil tebang pokok getah oleh peneroka,” katanya pada satu kenyataan media.

Najib membuat pengumuman baru-baru ini, dengan berkata bayaran duit raya Felda kepada warganya tahun ini mencecah RM42 juta untuk 23,000 warga Felda di seluruh negara. Kiraan mendapatinya cuma sekitar RM200 hingga RM400.

Mengulas lanjut, Kamarul yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sembilan itu menyifatkan jumlah yang kecil itu sama sekali tidak mampu menutup pembohongan dan penindasan Felda terhadap peneroka.

Beliau menganggap pemberian Najib itu bersifat ‘gula-gula’ memandangkan peneroka berhak menuntut jumlah lebih besar ekoran kerugian selama 15 tahun sejak bersama Felda.

“Peneroka berhak memperoleh sehingga RM458,000 bagi kerugian selama 15 tahun akibat penipuan Kadar Gred Perahan Asas (OER) kelapa sawit yang lebih rendah dari nilai asal.

“Kes ini sudah dibawa ke mahkamah oleh 766 peneroka Felda di Serting (tuntutan RM2 juta) & 964 peneroka di Jengka (tuntutan RM458,000). Ini bermakna jumlah wang yang berhak diperoleh melebihi ‘gula-gula’ daripada Najib,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya Felda bersikap telus dalam usaha memperkukuhkan dasar kerajaan berkebajikan di samping merakyatkan ekonomi.

“Gula-gula hari raya ini tidak setimpal dan harus dikembalikan semula hak serta pampasan secukupnya terhadap kerugian yang ditanggung peneroka Felda akibat kecuaian urus tadbir Felda itu sendiri,” katanya.

sumber klik sini





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Miecyber berkata...

Orang Felda semakin bijak mengenai hak mereka..

Tanpa Nama berkata...

jangan biarkan felda terus menipu..



-anak peneroka..