Isnin, 15 Ogos 2011

Kenapa Hanya PAS Yang Dedahkan, PKR dan DAP Duduk Saja!!!

Hari ini PAS bekerja lagi. Menurut PAS fenomena individu yang mempunyai lebih daripada satu identiti bukan sahaja terhad kepada daftar pemilih tetapi mereka mempunyai bukti bahawa 'pengundi klon' berkenaan mempunyai dua MyKad dan juga dua keahlian Umno seperti dilaporkan Malaysiakini. -15 Oogos 2011.





Pas memang aktif ingin membetulkan SPR dan sistem pilihanraya Malaysia. Disini disenaraikan contoh-contoh apa yang telah dibuat PAS dari portal berita Malaysiakini.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Johor Mohd Faizul Mohd Salleh hari ini membuat laporan polis mendakwa terdapat senarai pengundi meragukan dikesan dalam daftar pemilih negeri itu. -2 Ogos 2011

PAS Selangor mengemukakan sebanyak 1,860 bantahan kepada Suruhanjaya Pilihanraya Selangor (SPR) dalam proses bantahan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku ke-2 tahun 2011 yang berakhir semalam. -3 Ogos 2011

Menurut ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat, SPR berjaya mencipta sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi. -9 Ogos 2011

Dewan Pemuda PAS hari ini menuntut Kementerian Dalam Negeri supaya bertanggungjawab ke atas 'konspirasi' Mismah atau tidak mereka akan meluahkan rasa tidak puas hati di jalanan. -11 Ogos 2011

PAS hari ini merayu campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya membersihakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa telah bercelaru sejak kebelakangan ini. -13 Ogos 2011

Ini di antara contoh-contoh. Jadi timbul persoalan kenapa hanya PAS yang bersungguh-sungguh. Berita-berita ini diambil dari Malaysiakini dan bukannya Harakahdaily. Adakah PAS ditugaskan memulihkan SPR yang dah sesat, PKR dan DAP , tak buat kerja, hanya sekadar bising-bising!!

sumber klik sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: