Selasa, 23 Ogos 2011

Liwat 2: Objek plastik, prosedur mencurigakan

Masuk hari kedua bicara pembelaan kes liwat 2 Anwar, PBO kumpul keratan akhbar yang datangnya dari sumber media laternatif. Nak cari dalam akhbar media perdana .. jangan harap ada berita sebegini.

Ini berbeza dengan laporan semasa sesi pendakwaan yang terdahulu. Media perdana begitu rakus dalam"mempromosikan" kes tersbut.








'Saiful beritahu plastik dimasukkan ke duburnya'


Apabila diasak oleh ketua pendakwaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Dr Osman (kanan) bersetuju bahawa Saiful mendakwa beliau diliwat oleh seorang VIP tetapi juga mempertahankan kenyataannya bahawa bekas pembantu Anwar itu juga mengakui objek plastik dimasukkan ke duburnya.

Beliau merupakan doktor pertama ditemui Saiful pada 28 jun 2008.

Saksi yang berasal dari Myanmar dan mendapat pendidikan perubatannya dari Universiti Yangon berulang-kali menafikan cadangan oleh Peguam Cara Negara II itu bahawa beliau tidak menulis plastik dimasukkan ke dubur selepas pemeriksaan dijalankan.

Jelasnya, Saiful datang ke Pusrawi pada 28 Jun, 2008 dan mengadu kesakitan di duburnya.

"Dia (Saiful) terus bercakap kepada saya dan katanya melibatkan VIP dan dia berada berasa takut," kata Osman di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

Selepas menjalankan pemeriksaan, beliau dapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan berkenaan dan ketika itu Saiful memberitahu dia diliwat dengan objek plastik dimasukkan ke duburnya.

"Saya ada catatkan ini selepas Saiful beritahu saya selepas pemeriksaan dijalankan dan ada masukkan sebuah protoskop," katanya.

Menurut Osman, beliau juga mencadangkan supaya Saiful merujuk kepada hospital kerajaan dan membuat laporan polis.

Menjawap soalan Yusof, Osman berkata memasukkan plastik bukan meliwat. Beliau juga menafikan bahawa nota perubatan itu ditambah kemudiannya.

Yusof: Nota (mengenai objek plastik berkenaan) dicatatkan kemudian?

Osman: Nota ditambah selepas pasca pemeriksaan.

Yusof: Saya andaikan dia tidak kata sebarang plastik.

Osman: Dia (Saiful) ada beritahu saya.

Karpal, dalam pemeriksaan balas, kemudian bertanya sama ada nota dicatakan pada hari selepasnya. Osman bagaimanapun menafikannya dan berkata ia dicatatkan pada hari yang sama.

sumber klik sini



Pakar pertikai kaedah, cara spesimen dikendali


KUALA LUMPUR: Pakar patologi forensik dari Australia, Dr David Wells hari ini mempertikaikan cara sampel bukti disediakan dalam kes Fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau merujuk kepada cara calitan putik kapas diambil dan disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur dan juga cara ia dikendalikan oleh pegawai penyiasat polis.

Menurutnya, beliau belum pernah mendengar sampel air mani diambil daripada tubuh mana-mana mangsa 56 jam selepas kejadian didakwa berlaku.

“Integriti spesimen yang digunakan adalah amat penting (dalam mana-mana kes),” kata Dr Wells.

Menurutnya lagi, cara pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira yang membuka semula sampel dari Hospital Kuala Lumpur kononnya untuk membuat tanda baru sebelum diserahkan ke Jabatan Kimia Malaysia membuktikan ia tidak kalis daripada diubahsuai.

“Jika anda tanya saya samada ia (sampel) ia kalis ubahsuai, tidak,” kata Dr Wells.

Menurutnya, cara yang biasa dilakukan dalam pengambilan sampel dari tubuh mana-mana mangsa serangan seksual adalah dengan meletakkannya dalam botol plastik yang bernombor siri pada botol dan juga pada penutupnya.

Dengan cara itu katanya, apabila sampel itu dibuka dari sebelum diserahkan ke makmal untuk diujikaji, ia akan menyebabkan sampel itu tercemar.

Sewaktu ditanya Sankara Nair, beliau bersetuju bahawa dengan keadaan cuaca di Malaysia, sampel yang diambil daripada tubuh Saiful dan terdedah kepada udara itu mengalami risiko cepat rosak.

“Pada suhu bilik, kualiti sampel boleh mula merosot dengan agak cepat,” kata Dr Wells.

Peguam Anwar, Sankara Nair sewaktu di luar mahkamah menyifatkan hujah-hujah Dr Wells yang membuktikan integriti sampel dari HKL boleh tercemar atau pun diubahsuai sebagai perkara yang memang berlaku.

“Pakar dari Australia telah menyatakan IO memotong eksibit kononnya untuk buat tanda baru.

Ia memberi peluang untuk calitan kapas DNA tercemar atau diubahsuai.

Perkara ini memang berlaku dan pakar sendiri kata prosedur ini tidak betul,” kata Sankara.

Beliau juga menyifatkan keterangan Dr Wells yang menyokong hujah peguam bela sebagai satu kejayaan kepada mereka.

“Ini satu kejayaan untuk peguam bela” kata Sankara.

sumber klik sini




Laporan HKL tidak lengkap, cacat- pakar Australia


KUALA LUMPUR: Pakar Patologi Forensik dari Australia, Dr David Wells ketika perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur tidak lengkap dan tepat.

Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Dr Wells memberitahu pentingnya untuk merekod kes seksual secara terpeinci, kerana ia memperincikan apa yang terjadi ketika kejadian dan akan diteliti oleh ramai orang.

“Ia (aspek) penting untuk proses dokumentasi pesakit,” katanya.

Selain itu, Wells turut mempersoalkan catatan doktor yang menyebut ‘tiada penemuan konklusif’ dalam laporannya, sedangkan berdasarkan pengalaman beliau, ia sepatutnya ditulis ‘tiada sebarang penemuan”.

Katanya perkataan “konklusif” itu bermaksud doktor yang memeriksa Saiful kurang pasti akan penemuannya sendiri.

Beliau berkata doktor merekodkan dalam borang proforma bahwa berlaku pendarahan pada dubur pengadu, sedangkan laporan perubatan pula menunjukkan sebaliknya.

Menurutnya, borang prodorma berkenaan sepatutnya diisi dengan betul. “Ia mesti diisi untuk menunjukkan kesemua pemeriksaan dibuat sewajarnya. Saya keliru oleh bahagian-bahagian penting yang hilang,” kata beliau.

Pakar itu berkata, mengikut pengalamannya sendiri, beliau tidak membenarkan kehadiran polis ketika menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa serangan seksual. Lazimnya, pemeriksaan tersebut dilakukan berseorang atau ditemani jururawat.

Ia berbeza dengan kes Saiful Bukhari apabila pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira turut berada dalam bilik ketika doktor melakukan pemeriksaan.

Menurut Wells lagi, pencemaran bahan DNA juga adalah isu penting dan mengakui ia tidak boleh dihentikan dan bukti itu perlu disokong oleh ujian klinikal lain.

Sebelum itu, Dr Wells menerangkan tentang kelayakan beliau, yang merupakan ketua pasukan forensik di Victoria Institute Of Medicine dan profesor di Monash Universiti, Australia. Well menyatakan beliau mempunyai kepakaran mengenai keganasan seksual dan menulis beberapa buku dan artikel mengenai keganasan seksual.

Beliau juga pernah menjadi saksi di Australia dan United Kingdom. Wells berkata beliau juga melatih pegawai polis, jururawat dan doktor yang melakukan perubatan forensik. Beliau juga pernah mengadakan kursus di Malaysia dan membantu melatih doktor di sini.

Wells menyatakan beliau menjadi saksi di banyak mahkamah, dari majistret hingga Mahkamah Tinggi dan percaya testimoni beliau diterima oleh mahkamah.

Beliau juga memberitahu mahkamah telah menetap di Malaysia selama tujuh tahun dan bapanya bekerja dengan bekas Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman.

sumber klik sini



Pakar: Sampel DNA mungkin tidak bermakna


Sampel DNA yang berusia lebih daripada 36 jam tidak lagi dianggap sebagai bukti "bermakna", kata pakar patologi forensik Australia Dr David Wells pada perbicaraan kes liwat II hari ini.

Pada keterangannya ketika disoal oleh peguambela Sankara Nair, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Wells berkata adalah sukar untuk mendapatkan keputusan daripada spesimen seumpama itu,.

Sankara: Jika spesimen itu dalam rektum (pengadu) untuk 56 jam sebelum ia dikeluarkan, bolehkan sampel DNA didapati?

Wells: Saya akan sangat terkejut... Saya belum pernah terbabit dalam kes di mana DNA yang diambil dari dubur atau rektum hanya diambil selepas lebih daripada 24 hingga 36 jam setelah dimasukkan. Ia satu tempoh yang panjang tanpa udara kering ... Saya akan ragu-ragu untuk mendapatkan apa-apa hasil yang bermakna.

Pagi tadi, Wells memberitahu mahkamah bahawa dia lebih suka jika anggota polis tidak hadir semasa pemeriksaan ke atas mangsa serangan seksual.

Wells (kiri), yang mengkhusus dalam kes-kes serangan seksual, berkata dia lazimnya akan menjalankan pemeriksaan berseorangan dengan bantuan jururawat.

"Ini sangat sulit, ia menganggu, dan ada kemungkinan bahaya bukti dicemari.

"Mangsa mungkin berasa tidak selesa dan mereka mungkin merasa tertekan dengan kehadiran anggota polis," kata Wells - saksi ketiga pihak pembelaan.

Semasa pemeriksaan yang dijalankan ke atas pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira berada di dalam bilik bersama-sama dengan doktor-doktor yang memeriksa Saiful.

Doktor yang merawat Saiful pada malam dia ke Hospital Kuala Lumpur adalah Dr Razali Ibrahim, Dr Siew Sheue Feng dan Dr Khairul Nizam Hassan.

Menjawab soalan daripada pihak peguambela Sankara Nair semasa pemeriksaan balas, Wells menyifatkan laporan perubatan yang diisi oleh para doktor di Hospital Kuala Lumpur itu sebagai tidak tepat dan samar-samar.

Beliau berkata terdapat percanggahan dan ketidaksamaan pada borang proforma HKL yang digunakan untuk kes-kes serangan seksual dengan laporan perubatan Saiful. Contohnya, borang proforma menyatakan terdapat pendarahan tetapi laporan perubatan sebaliknya mengatakan tidak ada.

Selain itu, Wells turut mempersoalkan catatan doktor yang menyebut 'tiada penemuan konklusif' sedangkan menurut pengalaman beliau ia harus ditulis 'tiada sebarang penemuan".

Katanya perkataan "konklusif" bermaksud doktor yang memeriksa Saiful kurang pasti akan penemuannya sendiri.

sumber klik sini






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: