Selasa, 23 Ogos 2011

Pelajar sekolah agama ini lahir bayi dalam tandas asrama

TUMPAT: Sebuah sekolah menengah agama berasrama di Pasir Pekan, dekat sini, gempar apabila seorang pelajarnya melahirkan bayi lelaki dalam tandas asrama sekolah berkenaan, pagi semalam.

Kejadian itu disedari kira-kira jam 10 pagi oleh seorang kakitangan sekolah yang terdengar tangisan bayi ketika sedang mengambil keretanya tidak jauh dari asrama itu dan kemudian memanggil rakannya untuk membuat pemeriksaan.







Mereka kemudiannya memeriksa setiap bilik asrama dan terkejut dengan penemuan seorang bayi lelaki masih bertali pusat di hujung kaki seorang pelajar perempuan.

Sumber mendakwa, kakitangan sekolah itu terkejut melihat pelajar perempuan terbabit yang dilihat masih keletihan kerana baru bersalin.

“Kakitangan sekolah itu terus memaklumkan perkara itu kepada pengurusan sekolah sebelum menghubungi ambulans dan menghantar pelajar dan bayi terbabit ke klinik berdekatan.

“Difahamkan, pelajar perempuan berasal dari Pasir Mas itu pernah mengadu sakit perut dengan alasan senggugut kepada beberapa rakannya ketika makan malam kelmarin, tetapi rahsianya terbongkar selepas pelajar itu melahirkan seorang bayi dalam tandas sebelum dia membawa bayi berkenaan ke dalam bilik asramanya,” katanya.

Sumber berkata, pada jam 8 pagi, pelajar terbabit dikatakan meminta kunci asrama daripada seorang penyelia asrama sekolah itu dengan alasan mengambil barangan yang tertinggal, tetapi tidak dibenarkan.

“Pelajar terbabit kemudian meminta kunci disimpan pengawal keselamatan sekolah dengan alasan sama dan tanpa disedari sesiapa, dia sebenarnya melahirkan bayi itu,” katanya.




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

6 respon:

Tanpa Nama berkata...

Alahai tu kat Kelate, kat Sekolah Harapan di Melaka penghuninya ada jugak dari Kelate...aku tau dah apa Tok Guru dan penganutnya akan kata" ini semua salaha UMNO"...betul tak? ayat yg sinonim dlm PR

tungkaran hati berkata...

kita membiarkan keadaan bertambah bobrok kerana sukakan berpolitik secara songsang....kita bercakap tentang perpaduan umah tapi kita juga yang menolak perpaduan umah!...politik apa ini?

Tanpa Nama berkata...

Jgn pandang negatif. Dia dh kahwin tp msh blaja nk amik stam. Kalu x, xkn ibu pmpuan 2 sggup jaga. ? Rmai xthu kisah sbnar. Media thu branak dlm tands trus keluar kenyataan. Trjadi dkt smka falahiah, mp3 dpat nama, smk mahmud mahyidin bengang coz amik gambr asrma dye. Alahai media. . .

Tanpa Nama berkata...

Itulah masalah sekiranya tok penghulu tak dengar anak buah cakap, semuanya heboh saentero malaya dan alam maya, yang dia dengar dan akur cakap-cakap kroni dia aje yang pro PAS, kita oreng jangan harap nak dengar kot, nak berbincang ke, belagak pandai, aku ini mudir yang yang pandai mengurus sekolah, maklumlah DG54. Yang dia dok fikir ari-ari macam mano nak perkenakan puak-puak yang sokong kerajaan (UMNO), dia ingat nak lanjak habis-habis puak-puak yang pro kerajaan ini sampai puak-puak pro UMNO ni mintak tukar kat sekolah lain, senang dia dan kroni-kroninya bermaharajalela di sekolah tu, buat apa yang dia suka, tak tau apa nasib pulak lepas ni, sekolah elok-elok mari dia sini doh punah ranah, kalu macan in ketua, ditakbai seberang sungai tu pun, tak dak macam dia, tak tahu lah macam mano imeg pengetua cemerlang kalu macam ni orangnya.

Tanpa Nama berkata...

Astaghfirullah........... itu la, asyik duk salahkan negeri lain, sendiri punye x terjaga....

Tanpa Nama berkata...

kalu dah kawin bakpo beranak dlm tandas? balikla beranok di umah...mcm ada tak kena ja!!!!

hmmm...boleh kata semua sekolah agama bantuan kerajaan ni mcm parasit. setuju terima bantuan tp tak reti nak berterima kasih & berbaik2 dgn pemberi! kufur nikmat!!