Rabu, 24 Ogos 2011

Amaran kepada blogger pro pembangkang

Cuba korang baca apa reaksi Datuk Ahmad Maslan mengenai isu blogger terutama blogger pembangkang kat bawah ni ...







SKMM perlu disiplinkan blogger tempatan yang sebar fitnah


JOHOR BAHRU 23 Ogos - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta “mendisiplinkan” blogger-blogger tempatan yang menyebarkan pelbagai bentuk fitnah terhadap kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, SKMM perlu bertindak segera terhadap blogger terbabit kerana fitnah dan tohmahan kini berleluasa di alam maya.

"Kita berharap pihak yang bertanggungjawab seperti SKMM dapat mendisiplinkan blogger-blogger yang menyebarkan fitnah dan tohmahan. SKMM perlu bertindak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri kempen kibar Jalur Gemilang bersama Pertubuhan Pemandu Kereta Sewa dan Teksi/Limosin Malaysia (Petekma) di Dataran Bandaraya di sini, hari ini.

Beliau berkata, jika pihak bertanggungjawab itu membiarkan fitnah dan tohmahan berleluasa di alam maya tanpa sebarang tindakan, ia akan memberikan gambaran kepada rakyat bahawa apa yang didakwa itu adalah benar. - Bernama

sumber klik sini


PBO:

Keh keh keh ... kenapa kepada blogger pro pembangkang sahaja? Blogger pro kerajaan pula macam mana?






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: