Isnin, 15 Ogos 2011

Kejuaraan Dunia 2011 milik Lim Dan

Malaysia kempunan lagi untuk merangkul Kejuaraan Dunia apabila sandaran eutama negara Dato' Lee Chong Wei tumpas dalam tiga set perlawanan di London sebentar tadi.






Lim Dan menang tipis pada set ketiga 23 - 21. Sebelum itu Chong Wei menang set pertama 22 - 20 dan pemain negara China itu mengheret ke rubber game apabila menang set kedua 21 - 14.

Perlawanan sengit antara kedua-dua jaguh badminton ini lebih memihak kepada Lim Dan. Debaran sangat terasa apabila pada set ketiga, kedudukan terikat 21 - 21. Namun nasib lebih memihak kepada Lim Dan.

Pemain negara harus menunggu tahun 2013 untuk berpeluang sekali lagi dalam Kejuaraan Dunia. Itupun jika kita masih lagi bernasib baik.

Siapa peganti Chong Wei?

Dalam pada itu PBO melihat siapakah yang bakal menggantikan tempat Chong Wei? Kita masih lagi ketandusan pemain pelapis. BAM harus bertindak cepat memandangkan Chong Wei semakin meningkat usia.

Keputusan rasmi, Chong Wei tewas 2 - 1 kepada Lim Dan.






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: