Jumaat, 17 Jun 2011

Terkini: Pinjaman PTPTN pelajar catat PNGK bawah 2.0 dihentikan

SUNGAI PETANI 17 Jun – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menghentikan pinjaman pelajar yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0 ke bawah.





Anggota Lembaga Pengarahnya, Datuk Tajul Urus Md Zain berkata, tindakan itu bagi memastikan pelajar yang komited dengan pelajaran sahaja diberikan pinjaman.

"PTPTN tidak akan berkompromi dengan pelajar yang tidak mencapai keputusan memuaskan, dan yang mendapat PNGK di bawah 2.0 secara automatik dihentikan pinjaman mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan waran pinjaman kepada pelajar yang berjaya memasuki Institut Pengajian Tinggi di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim hari ini.

Sehubungan itu, Tajul Urus menasihati pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan ibu bapa dan kerajaan yang memberi pinjaman bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian.

"Wang PTPTN adalah duit rakyat... jadi, kita terpaksa membuat satu keputusan walaupun pahit untuk diterima,” katanya sambil mengingatkan pelajar menggunakan wang itu secara berhemah. – utusan


PBO: pakatan rakyat minta biasiswa bukan pinjaman

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: