Selasa, 21 Jun 2011

Setelah tonton video lucah, isteri dibelasah kerana tidak melayan suami berahi

HM melaporkan seorang isteri kena belasah kerana menolak hajat suaminya untuk mengadakan hubungan seks. Seorang suri rumah berusia 29 tahun cedera dibelasah suaminya di kediaman mereka di Jalan Bakawali, Bukit Sentosa, di sini Rabu lalu.





Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa cedera di dahi, belakang badan, tangan kanan dan punggung akibat dipukul dengan tangan oleh suaminya itu.


Menurut sumber, kejadian berlaku apabila mangsa yang kepenatan selepas melakukan kerja rumah menolak secara baik niat suaminya, namun alasan itu tidak diterima menyebabkan suaminya naik berang dan memarahi mangsa.

“Sebelum kejadian, mangsa pada mulanya tidur di dalam bilik sebelum terjaga apabila mendapati suaminya tiada di sisi.

“Wanita itu kemudian pergi ke ruang tamu sebelum terkejut apabila melihat suaminya leka melihat video lucah di televisyen,” katanya.


Menurut laporan lanjut HM, suami wanita itu terus menarik isterinya ke bilik, namun kecewa dan marah kerana hasrat mahu melampiaskan berahi tidak kesampaian kerana si isteri menolak permintaan suaminya atas alasan keletihan.



sumber klik sini

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: