Selasa, 21 Jun 2011

Pemuda rogol kakak saudara berusia 16 tahun ditahan

KENINGAU 20 Jun – Polis menahan seorang pemuda berusia 27 tahun setelah dipercayai merogol kakak saudaranya berusia 16 tahun sebanyak dua kali di Kampung Biah, di sini pada 30 April dan 30 Mei lalu.

Suspek ditahan semalam, beberapa jam setelah mangsa yang tidak bersekolah bersama ibu bapanya membuat laporan polis.







Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Zahari Mohamed berkata, siasatan mendapati kejadian pertama berlaku pada pukul 9.30 malam di bilik tidur mangsa, manakala kali kedua pada 30 Mei lalu di kawasan belakang gereja kampung itu.

“Suspek tinggal berdekatan rumah remaja itu dan dalam kejadian pertama suspek dikatakan mabuk selepas menghadiri majlis pertunangan kakak mangsa.

“Suspek naik ke bilik mangsa dan merogolnya ketika keluarga mangsa sedang tidur dan suspek sempat keluar daripada rumah mangsa sebelum keluarganya bangun,” katanya di sini hari ini.

Zahari berkata, dalam kejadian kedua pula mangsa dikatakan telah menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada suspek untuk berjumpa bagi memberikan barang.

“Dalam pertemuan itu, suspek telah membawa remaja terbabit ke belakang gereja sebelum merogolnya,” katanya.

Tambah Zahari, mangsa mendakwa diugut agar tidak membocorkan perkara itu kepada sesiapa sehinggalah remaja tersebut menceritakannya kepada ketua kampung dan ibu bapanya lalu membuat laporan polis.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - Utusan


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: