Selasa, 7 Jun 2011

PANAS: Polis biadap, langgar etika conteng badan wanita-Siti Aishah

PETALING JAYA: Tindakan polis yang menggari, merantai dan menconteng badan 30 wanita warga asing yang ditahan minggu lalu dianggap sebagai biadap, malanggar etika dan mengaibkan tahanan wanita, kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail.







Beliau mengulas tindakan polis terhadap wanita terbabit yang ditahan menerusi operasi cegah maksiat kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pelacuran di Pulau Tikus, Pulau Pinang.

“Saya melihat perkara ini sebagai sesuatu yang tidak wajar dilakukan. Ia dilihat sebagai satu perbuatan yang mengaibkan tahanan dan perbuatan yang bersifat biadap.Sekalipun mereka ditahan atas kesalahan yang dinyatakan, namun bukan hak dan cara pihak polis untuk memperlakukan mereka sedemikian rupa.

“Setiap yang belum dinyatakan bersalah dan sekalipun yang bersalah mereka harus dilayan dengan layanan yang wajar bukan dengan pendekatan yang akhirnya memperlihatkan pihak polis hilang sikap profesional mereka dalam berhadapan dengan undang-undang,” kata Siti Aisyah dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pihak polis seharusnya memulihkan kredibiliti mereka yang tercalar berikutan salahguna kuasa dan imej buruk institusi it sebelum ini. Justeru, beliau menggesa perkara itu disiasat dan satu laporan lengkap dikeluarkan.

“Saya juga mengharapkan agar ia tidak berterusan berlaku dan menjadikan ia sebagai satu budaya yang akhirnya akan menjejaskan institusi itu secara keseluruhannya.

“Pihak berkuasa terutamanya polis seharusnya bertindak berlandaskan kod etika dan sikap kebertanggungjawaban bukan dengan melakukan sesuatu itu secara semborono dan keterlaluan,” katanya lagi.

Serbuan terhadap wanita warga asing itu menjadi liputan utama akhbar berbahasa Cina, sejak Jumaat lalu. Ia memuatkan gambar beberapa wanita yang disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran dirantai dan beberapa tempat di tubuh mereka dipangkah, termasuk di dada dan dahi.

Tindakan itu mengundang kemarahan pelbagai kumpulan NGO, terutamanya pertubuhan hak wanita yang berpendapat ia tidak berperikemanusiaan. (keadilandaily)

PBO: kita tunggu kenyataan balas pihak polis. Harap

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: