Secara mengejut – tetiba – bengolan-bengolan United Malays National Organisation menjadi sasau dan mamai. Entah pelesit mana datang merasuk. Dengan mengejut secara tetiba Mahathir Mohamad, Najib Razak, Nazri Aziz, Utusan Malaysia dan Perkasa meluahkan cinta berahi mereka terhadap para ulama Pas.
Aku perhatikan, tanpa segan silu mereka ‘frust menonggeng’ dan ‘tergolek dog’ menangis, merayu dan meraung apabila Negara Islam tidak lagi dijadikan agenda politik Pas. Dengan penuh sasau mereka ingin memeluk dan mencium para ulama Pas terutamanya yang kalah dalam pemilihan baru-baru ini.
Cerita sedih ini menjadi lucu apabila Ibrahim Ali merasa kesucian agamanya tercemar apabila Pas mengajukan Negara Kebajikan. Zul Nordin tersedak hingga tercabut kopiah basinya apabila diberitahu bahawa Mohamad Sabu berjaya menduduki kerusi pucuk pimpinan Pas. Utusan Malaysia tidak putus-putus air liur bergebang tentang bagaimana Pas kini menjadi kuda DAP.
Nampaknya kemunculan pimpinan baru dalam Pas ini menjadikan United Malays National Organisation kelam kabut dan sampai larau tak tentu arah tujuan. Ada bengolan yang meminta Pas meninggalkan Islam. Ada bengolan yang berkata Pas belot kerana meninggalkan Islam.
Lawak-lawak seram ini semakin menjadi-jadi. Aku terguling-guling ketawa terbahak-bahak hingga tercabut tiga helai bulu hidung apabila terbaca berita Mahathir Muhamad berfatwa dengan surah dan ayat-ayat Quran.
Bayangkan Mahathir Muhamad, kaki kelentong ini bersalin kulit menjadi lebai. Lebai Mahathir ini mula berlabon dengan ayat-ayat Quran. Paling lawak apabila Lebai Mahathir ini menerangkan kepada jemaah suraunya bahawa pimpinan baru dalam Pas ini adalah kemenangan untuk Benggali Karpal Singh. Macam mana si Benggali ini masuk dalam kes ini aku pun tak faham.
Aku perhatikan kempen anti Pas ini akan diteruskan. Kempen ini bertujuan mengharu-birukan Pas dan penyokongnya. Kempen jangka panjang ini bertujuan agar akan muncul tim serpihan ‘ulamak’ dalam Pas. Bengolan dalam United Malay National Organisation akan pasang colok bernazar jika Pas retak dan pecah.
Kenapa ini berlaku?
Biar aku terangkan disini pensejarahan latar belakang agar kita dapat memahami realpolitik yang berlaku di hadapan mata kita. Semuanya bermula pada malam kemenangan pilihanraya yang lalu. Ingat tak malam itu? Jangan lupa malam itu juga dikenali sebagai Malam Khir Toyo Membakar Fail di pejabat kerajaan Shah Alam.
Pada malam itu United Malays National Organisation menyaksikan kekalahan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan. Kekalahan di Selangor adalah satu pukulan hebat. Negeri terkaya di Malaysia telah terlucut. Sesudah membakar fail, Khir Toyo dengan cepat dan tangkas mula melakukan kerja jahat.
Khir Toyo memukul telefonn. Beberapa orang pucuk pimpinan Pas dihubungi. Tujuan: melahirkan apa yang dipanggil ‘kerajaan perpaduan’. Pekara ini bukan lagi rahsia. Apa yang aku tulis ini bukan fitnah. Semuanya terbarai. Semuanya diketahui umum. Apa yang aku lakukan ini hanya merakamkan sejarah ini secara hitam putih untuk ingatan cucu cicit kita nanti.
Semenjak malam itu mimpi berahi United Malay National Organisation untuk kembali berkuasa di Selangor tidak putus–putus. Dalam masa sama beberapa bengolan Pas terus dirangsang mimpi berahi untuk menjadi Menteri Besar dan meniduri jawatan Menteri Pusat jika kerajaan perpaduan dapat diwujudkan.
Benda yang dipanggil ‘kerajaan perpaduan’ ini dikenali juga dengan nama manjanya – YUGI. Ini bukan ‘ yugi – underground’ lingo muzik anak-anak muda. Yu Gi ini bermakna Unity Government. Anasir-anasir yang menyokong Yu Gi dalam Pas ini terus bergerak. Di Selangor ia amat aktif sekali hingga anasir Yu Gi ini berjaya menyingkirkan Saari Sungip dan Khalid Samad dari pucuk pimpinan Pas Negeri.
Selama tiga tahun bahtera Pas terumbang ambing akibat kerja-kerja jahat anasir-anasir Yu Gi. Dalam masa yang sama bengolan United Malay National Organisation terus ‘memukul telefon’ berhubung dengan anasir-anasir Yi Gi dalam Pas. Hubungan sulit terus dilakukan - cinta kasih sayang mereka terus dibakar. Akhirnya gerak kerja anasir Yu Gi dalam Pas ini berjaya menggangu gugat kerja-kerja politik Pakatan Rakyat.
Nafsu dan berahi anasir Yu Gi ini terus dibelai dan diraba-raba untuk memastikan ia terus keras dan tegang. Justeru pelbagai bentuk kenyaataan dibuat. Pucuk pimpinan United Malays National Organisation membuat kenyataan tentang betapa indahnya jika Melayu bersenggama dengan Melayu. Betapa gah dan luasnya pancutan politik ketuanan Melayu jika Melayu dapat bersatu-padu dengan Melayu.
Aku tersenyum melihat bagaimana pada awalnya kenyataan dan jemputan dari bengolan United Malays National Organisation ini agak berlapik. Tetapi semua ni berakhir pada petang cuti Hari Krismas yang lalu. Pada petang itu satu pertemuan sulit di antara Najib, Muhyiddin, Nik Aziz dan Hadi Awang diadakan. Perjumpaan ini menjadi pancit apabila Nik Aziz minta diri berundur atas alasan sakit pinggang.
Kisah Nik Aziz mengkantoikan projek Yu Gi ini menjadi bahak gelak ketawa dalam internet. Bayangkan kata-kata Nik Aziz dengan loghat Kelantannya: ‘Ambo tok seh padu padu ni…Ambo minta diri dulu… Ambo nok gi hospital…’
Cuba bayangkan rupa muka Najib dan muka Muhyiddin ketika Nik Aziz bangun dan beredar. Betapa sedih dan pilu rasa hati Abang Nasa apabila semua rancangan menubuhkan ‘kerajaan perpaduan’ gagal. Mimpi Abang Nasa untuk menjadi Menteri Kabinet jatuh berderai-derai tergolek-golek.
Sesudah petang Krismas itu jemputan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan ini mula diajukan tanpa berlapik-lapik. Jemputan ini datang bertalu-talu. Semua bersuara menjemput Pas mendirikan Kerajaan Perpaduan. Hinggakan Lokman Adam, seorang jurufikir ulung United Malay National Organisation sendiri sanggup membuat jemputan secara terbuka di satu forum di Kota Bahru.
Nampaknya hanya Ummi Hafilda sahaja yang tidak menjemput Pas untuk bersatu-padu dengan United Malays National Organisation. Ini mungkin kerana Ummi tidak memahami makna Unity Government kerana ia disebut dalam Bahasa Inggeris.
Cita-cita dan niat United Malays National Organisation menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan dengan Pas ini bertujuan memastikan kerajaan yang ada sekarang akan terus berkuasa. United Malay National Organisation yang semakin terpencil dan terpinggir memerlukan tabung oksigen dari Pas.
Lalu gendang Ketuanan Melayu dimainkan untuk memanggil Melayu bertandak. Tetapi sayangnya, memukul gendang Melayu ini aku rasa membosankan. Selama 50 tahun gendang Melayu ini telah dipukul. Dari hari ke hari sambutan semakin hambar. Tak ramai anak muda berjoget dan bertandak. Bukan sahaja gendang ini memekakkan telinga malah untuk anak-anak muda gendang Ketuanan Melayu ini tidak dilihat cool.
Kini jelas, United Malay National Organsiation semakin hilang akal. Ini bukan lagi gila talak. Ini betul-betul jadi gila. Sejarah pilihanraya kecil memperlihatkan mereka kalah teruk dan dilihat terdesak. Undi orang Cina dilaporkan seratus peratus akan pergi kepada Pakatan Rakyat. Undi Melayu hanya datang dari warga emas dan makcik Felda. Hanya ada satu berita baik untuk United Malay National Organisation. Pengundi India dari pimpinan Reezal Merican dan Abdul Azeez masih tetap setia. Syukur.
Muktamar Pas yang baru berlalu dahulu begitu bersejarah sekali. Ia membawa perubahan lanskap politik yang hakiki. Aku berpendapat selesai sahaja muktamar Pas minggu lalu pintu Yu Gi telah tertutup.
Anasir-anasir Yu Gi jelas terpelanting dari pucuk pimpinan. Abang Nasa diberitakan menangis kerana ditikam ‘geng’ sendiri. Syarikat Syabas pun tak ada peluang mengucapkan syabas kepada Hassan Ali kerana Hassan Ali sendiri telah tercabut kuasa dari Selangor.
Untuk menyeronokkan cerita biar aku buka cerita Pontianak dan Dracula. Mengikut kisahnya, Count Dracula yang meracau sesudah mati hanya dapat dibunuh dengan tikaman salib. Legenda Dracula ini tak jauh bezanya dengan cerita Pontianak orang Melayu. Mengikut kisah cerita, Minah Pontianak akan berhenti menggangu kampung apabila tengkuknya dipaku.
Tentu tuan pembaca yang budiman akan bertanya: Apa sangkut pautnya Pontianak dan Dracula dengan politik tanah air kita? Mari sini ambo nak ghoyak. Dengar baik-baik.
Apabila Abang Mat Sabu menang dan menduduki tempat kedua dalam Pas maka ini samalah seperti paku akan akan memaku si pontianak yang bernama Yu Gi. Pontianak Yu Gi yang meracau meroyan ini akan dikuburkan. Yang tinggal sekarang hanyalah pelesit tidak berjengang yang bernama United Malay National Organisation.
Tak faham? Kalau tak faham tunggu minggu depan.
sumber klik sini
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
tak jadi papela bro,hahahaha
Ni best bro!!!
Style Aje : Baju Mengandung Olok-olok!
Cool Aje : Laser Star Wars Berjaya DIcipta Untuk Welding,S3 Spyder III Arctic
Sejuta Trafik Ke Blog Anda!
Catat Ulasan