Rabu, 15 Jun 2011

MENARIK: Berbasikal ke Makkah

CIMAHI - Tiga lelaki Indonesia kelmarin memulakan pengembaraan sejauh 17,000 kilometer dengan berbasikal dari kampung mereka di Jawa Barat ke Makkah, Arab Saudi untuk menunaikan haji.





Deni Bayu Saefundin, Ade Supriadi dan Yuyus Sunandar membuat keputusan untuk berbasikal ke Makkah kerana menggemari aktiviti berbasikal, menurut media tempatan.

Deni berkata, mereka akan melalui 14 negara termasuk Singapura, Bangladesh, Syria dan Jordan sepanjang perjalanan itu.

Ketiga-tiga sahabat baik itu dijangka tiba di Arab Saudi dalam tempoh sembilan bulan lagi.

Mereka turut berjaya mengumpul 300 juta Rupiah (RM106,450) untuk membiayai pengembaraan itu dan diberi sokongan khas oleh Kementerian Luar Indonesia untuk memudahkan urusan permit kemasukan dan visa ke dalam 14 negara tersebut. (SH)

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI