Khamis, 16 Jun 2011

Macam-macam: Menemui Ajal Ketika Merogol Nenek

Seorang lelaki di Texas, AS, menemui ajal ketika merogol. Mangsanya adalah seorang nenek berusia 77 tahun. Menurut stesen televisyen CBS News-Selasa, peristiwa itu berlaku pada 2 Jun lalu di rumah mangsa yang terletak di Tivoli, Texas. Perogol bernama Isabel Chavelo Gutierrez.





Polis tempatan berkata, lelaki berusia 53 tahun memasuki rumah mangsa yang sedang bersendirian untuk melepaskan nafsunya. Mangsa tidak berdaya melawan kerana diancam dengan pisau.

Menurut pengakuan mangsa juga, seperti dilaporkan The Corpus Christie Caller, Gutierrez tiba-tiba berhenti beraksi. Nafasnya termengah-mengah. Kepada mangsa, dia mengaku dan berhenti kerana tidak sedap badan. Gutierrez meneruskan, namun, tak lama kemudian dia tersungkur dan tidak bangkit lagi.

Isabel Chavelo Gutierrez (Refugio County Sheriff's Office)

Mangsa yang disembunyikan identitinya, mengaku mencium bau alkohol dari nafas Gutierrez. Dia mencari pertolongan dengan menelefon anaknya, yang akhirnya melapor ke pihak polis. Menurut penyelidikan awal, Gutierrez mati akibat serangan jantung setelah berbasikal ke rumah mangsa dalam cuaca panas.

Data polis tempatan menyatakan Gutierrez pernah dipenjarakan kerana kes serangan seksual ke atas kanak-kanak pada 1986. Dia bebas dari penjara pada 2008.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: