Jumaat, 17 Jun 2011

FELDA disaman lagi, kali ini RM344 juta

TEMERLOH: Seramai 711 peneroka dari kawasan Felda Jengka, Pahang akan memfailkan saman terhadap Felda, menuntut ganti rugi sebanyak RM344 juta berikutan penipuan dan pecah amanah yang dilakukan agensi itu.





Peneroka terbabit dari Felda Jengka 3, 4, 5, 6, 8, 9 , 12 dan 13, diwakili peguam Sivarasa Rasiah akan memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Temerloh pagi ini.

Pengerusi Biro Felda Kebangsaan dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, saman itu berhubung penipuan Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG) yang diterima mereka sejak 15 tahun lalu.

Menurut Suhaimi, peneroka terbabit menerima KPG yang rendah dari nilai sebenar iaitu antara 17 hingga 18 peratus.

Beliau berkata, peneroka berkenaan sepatutnya memperoleh KPG yang lebih tinggi sehingga boleh mencapai ke tahap 32 peratus.

Setiap 1 peratus KPG dianggar bernilai RM40.

Sekiranya jumlah itu dikira sejak 10 tahun lalu, kata Suhaimi, setiap peneroka terbabit mengalami kerugian tidak kurang RM100,000.

“Kerugian yang ditanggung peneroka dalam tempoh 10 tahun tidak kurang 1,000 sebulan.

“Ini tidak termasuk kes buah kelapa sawit yang dibuang oleh kilang Felda dengan alasan buah kelapa sawit yang mereka hantar mengkal dan muda. Tetapi apabila dihantar ke makmal, ia boleh mencapai 21 hingga 22 peratus KPG,” kata Suhaimi.

Suhaimi berkata, saman tersebut sebagai peringatan kepada Felda kerana lebih banyak saman akan menyusul, ekoran keengganan agensi itu untuk berunding dengan peneroka.

Tambah beliau, selain isu KPG, Felda kini berdepan ratusan saman peneroka berikutan kegagalan agensi itu membayar wang tabung tanam semula kepada sebahagian 25,000 peneroka Felda yang mengusahakan tanaman mereka sendiri.

“Berdasarkan siri lawatan kita ke seluruh negara, dalam isu KPG dan dana tabung tanam semula, sekiranya Felda masih enggan berunding, beratus saman akan dikemukan peneroka kepada Felda,” ujarnya.

Pada 14 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan Felda membayar RM1.2 juta kepada peneroka Felda Kemahang 1 dan 2, selepas gagal membayar semula wang caruman yang disimpan peneroka di bawah tabung wang tanam semula yang diurus agensi itu.

Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Felda membayar 354 peneroka Kemahang 3, Kelantan sebanyak RM11 juta kerana menipu peneroka berhubung isu KPG.

Sebelum ini, Felda Serting dan Gugusan Raja Alias di Negeri Sembilan juga memfailkan saman sebanyak RM200 juta ke atas lembaga tanah berkenaan dalam isu yang sama.Pada 12 Jun tahun lalu pula 654 peneroka Gugusan Felda Maokil, Labis memfailkan saman terhadap Felda bagi menuntut ganti rugi lebih RM80 juta.

PBO: peneroka selama ini ditipu. kasihan mereka.

Peneroka dan generasi kedua dan ketiga harus sedar, sudahlah menjadi alat pemenang kepada UMNO yang sudah lama dalam diam menzalimi.


sumber klik sini

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Miecyber berkata...

Semuga rakyat bebas dari terus di tipu...

Fasa Gerhana Bulan