Rabu, 8 Jun 2011

Bidas 'Pak Janggut': Permohonan Utusan ditolak

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Prasad Sandosham Abraham menetapkan dua hari bermula 25 Julai untuk mendengar saman itu setelah menolak permohonan Utusan Melayu mengenai isu permulaan sama ada perkataan aduan dalam artikel itu merujuk kepada Khalid (atas, kiri).






Peguam Rohanidah Shafee yang mewakili Utusan Melayu memberitahu pemberita bahawa mahkamah memutuskan perkataan yang disiarkan dalam artikel itu boleh merujuk kepada plaintif (Khalid), dan mahkamah menetapkan dua hari untuk mendengar saman itu.

Mahkamah membuat keputusan itu dalam kamar setelah mendengar hujah-hujah daripada Rohanidah dan peguam Mohamed Hanipa Maidin untuk Khalid.

Dalam saman itu yang difailkan tahun lalu, Khalid daripada PAS, menamakan Utusan Malaysia dan Ketua Pengarang Kumpulan Mingguan Malaysia Datuk Aziz Ishak dan penerbit Utusan Malaysia serta Mingguan Malaysia sebagai defendan.

Khalid mendakwa bahawa pada 11 Sept, 2009, Aziz, sebagai Ketua Pengarang Kumpulan untuk kedua-dua akhbar itu, dengan niat jahat, membenarkan penerbitan dan pencetakan perkataan memfitnah terhadap beliau di muka hadapan akhbar tersebut.

Beliau juga berkata bahawa artikel itu bertajuk "Zulkifli bidas "Pak Janggut" secara langsung atau tidak langsung merujuk kepadanya walaupun nama beliau tidak disebut.

Khalid mendakwa bahawa perkataan itu merujuk kepadanya kerana beliau adalah ahli parlimen Shah Alam dan beliau seorang yang berjanggut.

Beliau mendakwa bahawa perkataan itu, dalam interpretasi asal dan biasanya, bermakna beliau bersedia untuk memanipulasi surah dalam Al-Quran untuk mempertahan perkara pembinaan sebuah kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam; beliau tidak menghormati Al-Quran; dan beliau seorang yang menyeleweng.

Katanya perkataan, yang tidak benar, telah memfitnah beliau dan menyebabkannya mengalami penghinaan dan mereka dengan sengaja menyiarkan perkataan-perkataan itu tanpa membuat sebarang pengesahan.

Khalid berkata artikel itu dibuat dengan niat jahat untuk mensensasikan berita bagi menjual kedua-dua akhbar tersebut.

Beliau menuntut ganti rugi am, teladan dan kemudaratan teruk, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan munasabah oleh mahkamah.

Defendan, dalam kenyataan pembelaan yang difailkan pada 7 Jan, berkata berita itu diterbitkan oleh mereka berdasarkan komen ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dalam blognya pada 9 Sept, 2009.

Mereka mendakwa bahawa berita itu diterbitkan lagi sebagai kenyataan awam Zulkifli.

- MK

PBO:

tak habis-habis media pengampu ni

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: