Isnin, 20 Jun 2011

Anwar tuntut kerugian 1MDB didedah, bimbang berlaku seperti PKFZ

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut Parlimen, Perdana Menteri dan Jabatan Audit Negara mendedahkan kerugian yang ditangung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).





Difahamkan, dana melalui jaminan bon kerajaan persekutuan ditambah sebanyak RM10 bilion sehingga 2013, menjadikan jumlah keseluruhan RM15 bilion untuk syarikat pembangunan strategik tersebut.

“Bila disemak penyata kewangan 6 bulan pertama sehingga 30 September 2010 menunjukkan 1MDB mengalami kerugian sebanyak RM158.3 juta dengan kos operasi untuk 6 bulan yang berjumlah RM 20.5 juta

“Pengumuman keuntungan 1MDB oleh Perdana Menteri disangsikan kerana bila diamati penyata kewangannya menunjukkan ia diperolehi melalui hasil bukan pelaburan sebenar tetapi melalui ‘paper shuffling,” hujahnya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) di Dewan Rakyat, hari ini.

Justeru itu, kerajaan diminta membeku segala jaminan dan usaha penerbitan bon yang dicadangkan 1MDB sehingga siasatan menyeluruh dijalankan terhadap perolehan dan transaksi syarikat itu.

Anwar turut menuntut kerajaan menahan serta menarik balik dengan segera bon jaminan yang dikeluarkan kepada 1MDB.

“Saya bimbang berlaku penipuan secara besar-besaran dalam penggunaan wang hasil penerbitan bon oleh 1MDB yang dijamin kerajaan. Ia boleh menyebabkan kerugian berbilion rnggit seperti yang berlaku dalam skandal PKFZ,”tegasnya.

1MDB ditubuhkan pada 2009 hasil transformasi Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), sebuah entiti kerajaan negeri Terengganu yang kemudian dijadikan dana kerajaan Pusat.

Sebelum ini, spekulasi tercetus apabila 1MDB dikatakan menggunakan wang royalti Terengganu bagi tujuan pembiayaan dana syarikat berkenaan.

1MDB memfokuskan pembangunan strategik dalam bidang tenaga, hartanah, pelancongan dan pertanian.

Jual pelaburan kepada PIS

Anwar mendedahkan 1MDB memperoleh keuntungan sebanyak RM615 juta melalui jualan balik pelaburan hasil usaha sama dengan Petro Saudi International Limited (PIS) yang dikenali sebagai 1MDB Petro Saudi Limited dengan jumlah pelaburan RM 3.5 bilion yang dibayar secara tunai.

1MDB menjual semula pelaburannya kepada PIS dengan nilai RM 4.1 bilion.

Menurut laporan firma audit, KPMG, ia tidak dapat memberi kepastian kedudukan sebenar kewangan PSI sama ada hutang RM 4.1 bilion yang tertunggak dapat diperolehi dari mereka.

“Saya mahu Perdana Menteri menjelaskan sama ada bayaran RM 4.1 bilion ini dibuat secara ansuran untuk 11 tahun atau yang ditangguhkan untuk 11 tahun, atau dalam bentuk lain seperti ‘loan stock’, ‘cenvertible stock’ atau kaedah lain.

“PSI dan syarikat sekutunya diperbadankan di Cayman Islands dan British Virgin Islands, maka segala maklumat kedudukan kewangan dan transaksi syarikat mereka akan terselindung dari pengetahuan umum,” katanya.

“Bagaimana kerajaan memberi jaminan atas penerbitan bon 1MDB tanpa rujukan kepada penyataan kewangan dalam syarikat yang mereka labur?” soalnya.

sumber klik sini

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: