KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau tidak memiliki sebarang akaun di mana-mana bank di Switzerland dan akan bertindak menggunakan saluran undang-undang untuk membersihkan namanya.
Malah kata Taib, beliau telah menulis secara formal kepada Presiden Switzerland,Micheline Calmy-Ray bulan lalu untuk mendapatkan pengesahan apakah benar presiden itu mengarahkan satu siasatan dijalankan ke atas akaunnya itu sebagaimana yang didakwa oleh Dana Bruno Manser.
Dan jika benar terdapat dakwaan sepertimana yang dibuat ke atasnya, Taib turut meminta Kerajaan Switzerland agar mengirim kepadanya satu salinan agar beliau dapat bertindak mengikut saluran undang-undang.
Dana Bruno Manser mendakwa Kerajaan Switzerland telah mengarahkan agensi yang berkaitan supaya menyiasat apa yang didakwa kononnya aset Taib yang disimpan di bank-bank di negara berkenaan.
Taib menegaskan bahawa beliau tidak memiliki apa jua akaun sulit atau aset yang tersimpan di Switzerland sebagaimana yang didakwa oleh Bruno Manser.
”Malah saya telah membuat perakuan bahawa saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kerajaan Switzerland untuk menegakkan kebenaran dan membuktikan segala dakwaan yang dibuat ke atas saya adalah satu fitnah semata-mata,” katanya pada Dewan Undangan Negeri pagi Rabu bagi menjelaskan isu di sebalik dakwaan tersebut.
Tegasnya, segala-galanya bermotivasikan politik.
Malah kata Taib, Dana Bruno Manser mempunyai rekod yang panjang dalam membuat dakwaan-dakwaan yang tidak berasas dan berbaur fitnah ke atas kerajaan negeri pimpinannya.
”Jadi apa yang mereka buat dalam dakwaan terbaru ini mengenai aset saya di Switzerland adalah kesinambungan kepada dakwaan palsu dan fitnah untuk mencemarkan nama baik negeri ini, kerajaan negeri dan juga kepimpinan negeri ini," kata Taib.
manakala saya petik dari keadilan daily
Taib berbohong tiada akaun di Bank Swiss- Johari
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berbohong apabila mengakui tidak mempunyai sebarang akaun bank rahsia untuk menyimpan wang miliknya di bank Switzerland, kata Ahli Parlimen Sungai Petani.
Taib membuat kenyataan itu dalam sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini, menafikan dakwaan Yayasan Bruno Manser dari Switzerland bahawa beliau tidak mempunyai akaun bank di negara itu.
Kata Johari, jika benar, Presiden Persekutuan Switzerland tidak mungkin mengeluarkan arahan kepada Swiss Financial Market Supervisory Authority (FINMA) untuk menyiasat semua akaun milik Taib.
“Dia sebagai Ketua Menteri, orang yang bertanggungjawab dipilih rakyat melakukan pembohongan,” kata Johari ketika di dewan rakyat hari ini.
Menurutnya lagi, Taib juga harus meletak jawatannya kerana dia bukan sahaja berbohong kepada rakyat Sarawak tentang hartanya di luar negara, tetapi juga dilakukan dalam sidang dewan yang mulia.
“Sekiranya pihak Swiss mendedahkan dan membuktikan dia mempunyai akaun dan kekayaan, sanggupkah dia meletak jawatan? Saya rasa dia mesti meletak jawatan sebab dia berbohong kepada rakyat dan dia berbohong di dalam dewan lagi.
“Walau pun rakyat tak dengar secara terus tetapi rakyat ada wakil yang mendengar dari dalam dewan,” kata Johari.
Sebelum ini, Presiden Persekutuan Switzerland, Micheline Calmy-Rey, mengarahkan satu siasatan dijalankan ke atas harta milik Taib di Bank Switzerland.
Dalam surat dengan tajuk “Pembekuan aset Abdul Taib Mahmud, ketua kerajaan negeri Sarawak di Malaysia” bertarikh 8 April kepada Yayasan Bruno Manser, Micheline berkata beliau sudah menyerahkan maklumat tentang aset Taib Mahmud di dalam institusi kewangan di Switzerland kepada badan FINMA (Swiss Financial Market Supervisory Authority).
FINMA merupakan sebuah organisasi yang mengawal aktiviti pembersihan wang haram untuk siasatan.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan