Selasa, 17 Mei 2011

Zakiah Anas Enggan Kembali Kepada Suami

PETALING JAYA: Personaliti TV3, Zakiah Anas menegaskan bahawa dia tidak akan kembali ke pangkuan suaminya, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taib sekalipun lelaki tersebut berubah sikap.






Zakiah juga mengakui bahawa dirinya tidak mempunyai perasaan kasih dan sayang kepada Mohamad Yusof selain tiada persefahaman dalam perkahwinan yang dibina sejak 18 tahun lalu.

Sehubungan itu, wakil hakam (penimbangtara) Zakiah, Muhammed Shouib Awalludin membuat kesimpulan menasihatkan Mohamad Yusof untuk menceraikan isterinya dengan lafaz talak satu.

Perkara itu dinyatakan oleh Muhammed Shouib, yang merupakan seorang bekas kadi dalam laporan hakam tersebut yang dibentangkan di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin.

Dalam majlis hakam, Mohamad Yusof diwakili oleh seorang imam masjid, Mohd. Azizi Mohd. Yaakob.

Sekiranya Zakiah nekad untuk tidak kembali ke pangkuan suami, Mohamad Yusof pula nekad untuk tidak mahu melafazkan cerai.

Mohamad Yusof berhasrat untuk menyelamatkan ikatan perkahwinan tersebut kerana dia masih sayang kepada Zakiah dan tidak mahu krisis rumah tangga mereka memberi kesan terhadap dua anak lelaki mereka.

Menurut Mohd. Azizi, selain itu Mohamad Yusof ingin menyelamatkan Zakiah yang kian hanyut dengan memberi perumpamaan seperti `sampan yang hanyut dalam lautan luas’ kerana meninggalkan rumah tanpa izinnya.

Ekoran itu, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad memutuskan agar wakil hakam itu untuk sekali lagi mencuba mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga pasangan tersebut.

Bagaimanapun tiada tarikh yang ditetapkan untuk perintah tersebut dilaksanakan.

Pada prosiding itu, Zakiah diwakili peguam syarie Abdullah Anuar Sahri manakala Mohamad Yusof tidak diwakili peguam syarie.

Keretakan rumah tangga pasangan tersebut bermula sejak tahun 2009 apabilaZakiah, 45, memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di MahkamahRendah Syariah Shah Alam.

Dia kemudiannya meminda permohonan itu sebanyak dua kali, iaitu kepada fasakh dan taklik sebelum menarik semula permohonan pada 1 September 2009.

Serentak dengan penarikan itu, Mohamad Yusod, 49, menarik semula permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkannya.

Pada Januari 2010, Zakiah sekali lagi memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik yang berlanjutan sehingga kini.

Zakiah dan Mohamad Yusof dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aiman Muzammil, 17, dan Amir Muzhaffar, 15 tahun. (MStar)


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

6 respon:

Dr. Z berkata...

Ini lah masalahnya kalau seseorang itu perasan yg dia cantek,ada glamor,popular kerana masuk TV! Zakiah Anas patut tau hukum2 perkahwinan, di-mana kedudukan nya sebagai seorang isteri.

Apabila seorang perempuan itu bernikah,maka lepaslah tanggungjawap ibu bapa nya dan berpindahlah tanggungjawap itu kepada si-suami.

Dalam Al-Quran ada menyebut bahawa Allah SWT memerintah bahawa seseorang isteri hendaklah mentaati Allah SWT, kemudian taat Rasullullah, kemudian suaminya (kalau dah berkahwin,kalau belum taati ibu bapanya). Di-sini,Zakiah dah terang2 derhaka kpd suami,tak tau lah taat kpd Allah SWT dan Rasul,bagaimana pula....??
Kemudian dia telah KELUAR RUMAH,mungkin tanpa izin. Ini dah Dosa lagi...!!Lagi abaikan tanggung jawap kpd suami.Dosa yg Berterusan... sehingga lah dia kembali kpd suami.Sepatutnya Zakiah banyak bersabar dan menerima TAKDIR, seadanya dengan keadaan si-suami,daripada memberontak dan mengikut perasaan yang dicucuk olih Syaitan..!!! Dan bagaimana keadaan anak2?? Apa Zakiah tak ambil perduli? Jenis ibu apa, Zakiah ni???

Umur Zakiah dah 45 tahun,tak lama lagi kerepotlah tu,lebih2 lagi selepas Menopos,tak beberapa tahun lagi...kalau ditakdirkan Allah SWT,mungkin pada umur 46 atau 55.Secara biologikal.Zakiah akan mula TUA,dan apabila sudah tua,siapa lelaki lain yang akan hendakkan dia?? Nak beranak pun sudah tak bolih lagi sekarang,atas sebab risiko kesihatan dan anak mungkin "Down Sindrom".

Jadi diharap,Zakiah JANGAN lah SombongBodo... nanti sendiri menyesal kemudian hari,bak kata perpatah, Sesal Dahulu Pendapatan,Sesal Kemudian,Tidak Berguna.....Sekarang adalah DUGAAN bagi Zakiah dan suami,tetapi Dugaan Selepas Bercerai,adalah lagi mencabar dan Menyeksakan.Ambil aje lah contoh daripada 25000 Ibu Tunggal di KL dan Selangor,macam2 cerita sedih bolih didapati dan dibuat Iktibar.

Tanpa Nama berkata...

kita doakan yang terbaik untuk semua pihak. harapnya kemelut rumahtangga Islam sebegini selesai dengan situasi menang menang

PBO™ berkata...

sokong dengan Hisyam Muhibah

Tanpa Nama berkata...

dah tak mau tak payah ler. kau lelaki cari jer yang lain. Ratio 1 lelaki 14 wanita. U ada lagi 13 wanita,mungkin mereka tu lebih baik,cantik berakhlak mulia dan taat kepada u. I setuju sangat ngan Dr. Z tuu. Nak saksi ,i pun boleh !!!

abul berkata...

..mungkin ada sebab tersendiri knp zakiah tak suka..kita bukan tau pun..watpe nak kutuk2, mcmla kita ni baik sgt ngan bini masing2..jaga rumahtangga korang..jgn smpi bini tak suka dan tawar hati..

Tanpa Nama berkata...

Amboi! Nampak sangat Dr. Z ni bias melampau. Typical of most Malay males!! Bila terjadi masalah rumah tangga, terus menyalahkan pihak isteri. Bila kena tang perempuan, disuruh bersabarlah, terima takdirlah, jangan memberontaklah......Yang sisuami punya kelemahan, tak tanya langsung. Hoi Dr. Z, masalah ni bukan berlaku 1, 2 tahun...dah 18 tahun tau! Maunya tak memberontak. Kalau dibandingkan dengan kaum lelaki, perempuan lagi kuat sabar tau tak. Ini fakta. Orang seperti suami Zakiah Anas ni ego, nak tunjuk power dia sebagai suami, tak nak lepaskan, sedangkan isteri dia dah meluat. Kalau Dr. Z kata Zakiah dah makin tua, makin susah nak laku, habis, suami dia tak tua2 ke? Sanggup membiarkan rumah tangga terkontang kanting bertahun2 begitu? Selfish!!