Selasa, 17 Mei 2011

AWAS wanita, 23 kes simbah asid bermahajaralela!!

KUALA LUMPUR – Mengejutkan. Meskipun sudah 23 kes simbah asid melibatkan mangsa dan pemangsa yang saling tidak mengenali dilaporkan di sekitar Lembah Klang sejak Mac lalu, dan semakin menjadi-jadi bulan ini, masih ramai wanita yang seakan tidak ambil endah, sekali gus mendedah­kan diri mereka sendiri untuk menjadi mangsa seterusnya.






Ini kerana, daripada laporan kes terdahulu, hampir kesemua mangsa diserang di tempat terbuka, tidak ada kaitan malah tidak mengenali penyerang selain daripada berimej sama iaitu bertudung.

Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati, rata-rata wanita muda di Ibu Kota dan pusat bandar lain di Lembah Klang, bukan sahaja tidak takut malah tidak sedar keselamatan mereka kini terancam, meskipun berada di tempat terbuka seperti berhampiran stesen Komuter atau LRT.

“Saya tak tahu. Betulkah ada kejadian seperti itu?” tanya Amira Mohamad, 23, penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ketika ditemui di Jalan Pantai Bharu di sini.
Menurutnya, rutin harian sebagai penuntut sentiasa sibuk dengan pelajaran menyebabkan dia kurang memberi perhatian.

“Kalau baca surat khabar pun, setakat baca saja. Saya tak ikuti sepenuhnya dan tak ambil ingat sesuatu perkara. Terima kasihlah kerana beritahu” katanya.

Nur Ilyka Mohd Nasir, 17, seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Ampang mengaku, ada mendengar me-ngenai serangan itu, namun dia tidak berasa dirinya terancam.

“Saya pergi sekolah dengan bas, balik sekolah pun dengan bas. Semasa tunggu bas pun, ramai-ramai dengan kawan. Jadi saya tak rasa diri saya akan diserang ‘lelaki asid’,” katanya.
Tambahan, Nur Ilyka berkata, daripada apa yang pernah diberitahu ibu bapanya, serangan itu berlaku di kawasan yang hampir dengan pusat bandar.

“Setahu saya, serangan itu tak pernah berlaku di kawasan Lembah Jaya, Ampang tempat saya tinggal,” katanya.

Mengikut rekod, pagi Jumaat lalu, serangan seumpama itu berlaku di Seksyen 10, Wangsa Maju yang berjarak hanya kira-kira 10 kilometer dari Ampang, tempat di mana Nur Ilyka berasa selamat.

S Yasotha, 38, ketika ditanya mengenai hal itu berkata, dia tidak tahu mengenai ‘lelaki asid’ kerana tidak mengikuti laporan media massa.

“Saya tidak tahu mengenai simbah asid. Betulkah kejadian itu ada berlaku?,” katanya.
Seorang guru, Shobihah Ismail percaya, lelaki asid hanya menyerang mangsa tertentu.
“Oleh itu, tidak perlu khuatir dan berhati- hati menghadapi kemungkinan disimbah asid,” katanya.

Pandangan sama juga disuarakan pembantu kedai, Siti Hawa Ramly, 18, yang mengaku tidak bimbang keluar berurusan setiap hari walaupun tahu isu ‘lelaki asid’ berleluasa.

“Saya tidak bimbang kerana percaya serangan itu berlaku kerana ada sebab tertentu, mungkin dendam. Saya tidak terlibat dengan penyerang itu jadi buat apa nak rasa takut?,” katanya.

Penuntut kolej swasta, Nurhaliza Abd Razak, 21, mengaku tidak buat sebarang persediaan menghadapi kemungkinan seandainya dia dijadikan sasaran.
“Sudah tahu ini, rasa takutlah juga tapi saya buat macam biasa saja,” katanya. (SH)

PBO kata;

Ingatkan baru beberapa kes saja, sudah masuk 23 kes? PDRM apa citer? Janganlah sibuk nak follow ceramah Anwar saja.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: