Selasa, 24 Mei 2011

Tuduh isteri pelacur

AMPANG: Angkara cemburu, seorang suami sanggup menuduh jirannya mencuri barang kemas milik isterinya malah mendakwa lelaki itu turut menjalinkan hubungan sulit dan pernah tidur bersama di kediaman mereka, di Taman Melawati, di sini kelmarin.














Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, jirannya yang sedang beristirahat di ruang tamu bersama keluarga menerima satu panggilan telefon daripada lelaki itu yang terus memaki-hamun.


Menurut sumber, dalam perbualan, lelaki terbabit tidak berpuas hati dengan jirannya kononnya mengambil barang kemas malah menggoda isterinya sehingga mereka terlanjur.

“Lebih menyedihkan lelaki yang gagal mengawal kemarahannya sanggup menggelar isterinya pelacur dan menggugut akan mengapa-apakan mangsa dan keluarganya jika tidak menyerahkan barang kemas itu.




“Puas mangsa menafikan dakwaan lelaki itu namun tidak berhasil malah dia terus memaki-hamun dan menuduh mangsa dengan pelbagai tuduhan,” katanya. (HM(




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: