Mahkamah Rayuan pada Isnin menolak rayuan Tian Chua ekoran bantahan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) atas alasan kelewatan wakil rakyat pembangkang itu memfailkan notis rayuan melebihi tempoh 14 hari.
Menurut Tian Chua, Mahkahmah Tinggi mengurangkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 kepada denda RM2,000 adalah bagi mengelak berlakunya pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu yang diwakili beliau.
"DPP tidak pernah memfailkan rayuan saya mengikut tafsiran undang-undang," katanya pada sidang media di sini.
Mengikut Perkara 48 dalam Perlembagaan Persekutuan, kedudukan Tian Chua sebagai Ahli Parlimen terbatal kerana beliau didenda tidak kurang daripada RM2,000.
Tian Chua berkata, rayuannya hanya menyentuh hal berkaitan sabitan dan bukan terhadap hukuman.
"Saya berasa kesal kerana tidak diberi peluang untuk membuktikan diri saya tidak bersalah. Namun keputusan itu tidak akan menjejaskan tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen," ujarnya.
Pada Isnin, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datin Paduka Zaleha Zahari memutuskan sabitan dan hukuman terhadap Tian Chua kekal masih kekal tanpa mendengar merit rayuan selepas membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan.
Dua tahun lalu, Tian Chua didapati bersalah kerana mencederakan Konstabel Mohd. Rosyaidi Anuar, 23 (MS)
--BERITA TERDAHULU---
KUALA LUMPUR, 23 Mei – Status Chua Tian Chang atau “Tian Chua” sebagai Ahli Parlimen Batu kekal tidak jelas selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan rayuannya berhubung hukuman yang dikenakan atas tuduhan menggigit seorang anggota polis.
Naib Presiden PKR itu (gambar) memberitahu The Malaysian Insider bahawa mahkamah menolak rayuan ekoran bantahan timbalan pendakwa raya bahawa ia difailkan selepas tempoh 14 hari yang dibenarkan oleh undang-undang.
“Jadi hukuman tidak dicabar dan keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan dan status saya tidak berubah,” kata wakil rakyat penggal pertama ini.
Pertengahan Jun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Ghazali Cha mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Tian Chua, yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret berhubung tuduhan mencederakan anggota polis pada 2007 dan mengantikannya denda RM2,000 atau dua bulan penjara.
Mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan beliau tidak mendapat pengampunan.
Ketika itu, Pengerusi DAP Karpal Singh yang juga seorang peguam berkata, sebagai contoh, pada 1975 anggota Parlimen DAP Fan Yew Teng terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen Menglembu setelah beliau dihukum penjara enam bulan dan didenda RM2,000 kerana disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan.
Karpal berkata mengikut Perkara 53 perlembagaan itu, seseorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan serta-merta jika beliau tidak merayu mengenai keputusan mahkamah dalam tempoh 14 hari. (M.I)
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan