Oleh sebab itu, pencacai yang bertempik macam murai tercabut ekor suruh Anwar dan Azizah tunjuk jam yang dikatakan berada di tangan mereka sudah tidak relevan lagi. Baik Anwar mahupun Azizah tak payah tunjuk jam itu kepada semua rakyat atau pencacai yang berlagak lebih polis dari polis itu. Wartawan yang terlalu sibuk dengan hal itu pun patut letak jawatan kerana tak tau buat kerja, tau nak jatuhkan air muka orang saja.
Timbalan Presiden Persatuan Syarie Malaysia (PPSM) Musa Awang berkata sumpah mubahalah hanya membabitkan isu yang berkaitan dengan akidah.
Tegasnya, sumpah tersebut tidak terdapat dalam kes dalam jenayah syariah yang antaranya berkaitan dengan kes liwat atau zina.
"Tidak ada sumpah dalam kes jenayah syariah kecuali sumpah 'qasamah' dalam jenayah membunuh.
"Maksudnya, dalam satu kes pembunuhan, tidak ada orang yang melihat (insiden itu) sedangkan keluarga yang dibunuh berkata si 'A' yang membunuh.
"Maka keluarga ini boleh sumpah 'qasamah' kata si A ini yang bunuh. Itu sahaja (sumpah) yang saya jumpa dalam kitab-kitab dan buku-buku... sumpah lain tak ada. Sumpah mubahalah lagi lah tak ada," katanya.
Menurutnya, sumpah mubahalah yang dimaksudkan itu berlaku ketika Nabi Muhammad SAW yang berdialog dengan orang Yahudi dan Nasrani mengenai keesaan Allah SWT.
Katanya, kedua-dua kumpulan itu tidak mempercayainya maka Nabi Muhammad mencabar mereka untuk bersumpah laknat (mubahalah) walaupun akhirnya mereka tidak menyahut cabaran baginda.
Mengulas lanjut, Musa yang juga seorang pengamal undang-undang berkata beliau mempersoalkan pihak yang bertanggungjawab "memberi idea" untuk melakukan sumpah mubahalah dalam beberapa peristiwa sebelum ini.
"Siapa yang beri idea buat (sumpah mubahalah) ini... Saya tengok (ia bermula) dalam kes (Mohd) Saiful (Bukhari Azlan) dahulu.
"(Dalam) kes liwat atau zina, tidak ada sumpah (mubahalah). (Sumpah) yang lain adalah (yang) berkaitan dengan kes mal (harta).
"Ada banyak jenis sumpah, tetapi semuanya dalam kes mal (harta), (tetapi) bukan kes jenayah (syariah)," katanya sambil membaca jenis-jenis sumpah yang disyariatkan dalam Islam.
Mengulas mengenai isu qazaf (melempar tuduhan zina), Musa berkata orang yang dituduh berzina mestilah seorang muhsan iaitu orang yang baik dan bukannya seorang pelacur.
Kata lagi, pihak yang membuat tuduhan itu terhadap seseorang dikatakan mempunyai niat jahat sekiranya penuduh itu tidak mengemukakan empat orang saksi.
"Maka kita boleh kata dia membuat tuduhan dengan niat jahat," katanya.
Menurutnya lagi, mengikut seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan memperuntukkan orang menuduh seseorang yang melakukan zina perlu membawa membawa empat orang saksi.
Pada 29 April lalu, Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - melakukan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan seorang tokoh pemimpin pembangkang.
Sehubungan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa agar tidak melayan tuntutan sumpah balas berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan dirinya.
Menurut ahli akademik Prof Dr Ashraf Md Hashim gesaannya itu bertujuan mendidik masyarakat khususnya umat Islam berhubung isu bersumpah laknat yang berulang-kali berlaku di kalangan masyarakat
"(Pertama) kalau ikut syara' tidak perlu (bersumpah) dan ia tidak dituntut oleh syara' kerana dalam (jenayah) hudud, tidak ada sumpah.
"Tapi kalau nak sumpah juga, itu bukan syariat yang tuntut. Bagi saya, masyarakat kena didik juga, kalau bersumpah jugak nanti lepas ini orang macam tu (bersumpah) jugak.
"Sumpah, sumpah tak habis-habis. Masyarakat perlu dididik apa sebenarnya yang dituntut oleh syariat. Tapi kalau tidak dituntut oleh syariat, tak payah," katanya.
Rakyat tahu pihak yang memberi idea supaya sumpah lahanat itu dibuat. Pihak itu ialah UMNO yang selama ini hanya berpura-pura membela Islam. Jika bukan UMNO, mengapa media elektronik dan media cetak milik mereka riuh rendah mempertontonkan dan menyiarkan hal itu, termasuk juga blog-blog pro-UMNO?
Dengan penjelasan yang cukup terang dan nyata ini mampu lagikah pihak-pihak yang mencanangkan kes ini membela diri atau memberi hujah-hujah lain berdasarkan mana-mana ayat dalam Al-Qur'an atau Hadith atau ijmak ulamak untuk menegakkan benang basah mereka? Tambahan pula Eskay pun telah menafikan dia tuduh Anwar berzina.
Maka sudah selayaknyalah rakyat mendesak mahkamah syariah menjalankan penghakiman menurut undang-undang yang telah tertulis. Rakyat mahu melihat mahkamah ini bebas daripada kongkongan UMNO. UMNO perlu membuktikan kepada rakyat bahawa tuduhan liwat dan zina dibicarakan di mahkamah syariah. Hanya dengan cara itu keadilan dapat ditegakkan menurut perspektif Islam. (Tranungkite Online)
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Mereka main sumpah sumpah jer...
Jadi sesumpah baru tahu...
Ais Artik kian cair
Catat Ulasan