Ahad, 8 Mei 2011

Eh! .. gini gamaknya cara untuk rampas Selangor dari PR ...

PETALING JAYA 6 MEI : Selepas ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad mendedahkan tindakan licik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memindahkan sejumlah 500 pengundi di Selangor dipercayai untuk kepentingan UMNO BN,
kali ini giliran, ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San pula berbuat demikian.








Lau mendedahkan sebanyak 190 pengundi pos di Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya, tanpa sebarang sebab munasabah ditempatkan di DUN Kampung Tunku, walhal, balai polis berkenaan terletak dikawansan DUN Damansara Utama, SS2, Petaling Jaya.

Justeru, Lau meminta agar SPR memberikan penjelasan berhubung perpindahan pengundi pos berkenaan.

“Kawasan SS2 terletak di dalam kawasan DUN N36 iaitu Dun Damansara Utama, saya membuat laporan kepada SPR terhadap penambahan pengundi pos ini,” kata Lau.

Sebelum ini SPR dikesan memindahkan hampir 500 pengundi dari DUN Teratai ke DUN Cempaka, menggunakan alamat bermastautin yang dipalsukan, dipercayai penyokong UMNO BN.

Hasil kajian PAS Selangor sebelum ini menunjukkan jumlah pengundi di Selangor bagi suku tahun pertama tahun ini meningkat sehingga kira- kira 80,000 orang berbanding 35,000 pada pilihan raya umum lalu.

Tindakan SPR yang dilihat cenderung kepada UMNO BN ini tampak selari dengan seruan Perdana Menteri Najib Razak semalam bahawa UMNO Selangor harus menggunakan segala 'senjata' yang ada bagi merampas kembali negeri ini daripada Pakatan Rakyat.

Dalam perkembangan lain, Lau turut membidas sikap hipokrit parti kompenan Barisan Nasional, MCA yang sebelum ini berkata akan memboikot akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia.

MCA mendakwa Utusan adalah suara Melayu dan seringkali menghentam serta mengkritik parti itu.

Akan tetapi boikot itu umpama 'hangat- hangat tahi ayam' apabila parti itu menjemput 'Utusan Kota' iaitu akhbar sisipan Utusan Malaysia untuk membuat liputan sidang medianya.

“Ini menunjukkan bahawa pihak MCA adalah sebuah persatuan yang tidak berprinsip dan mungkin ada udang disebalik batu,” ujar Lau. (tvsnews)



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: