Ahad, 8 Mei 2011

SNAP berpisah dari pakatan rakyat

KUCHING 7 Mei - Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang menjalin hubungan singkat dan renggang dengan pakatan pembangkang Sarawak akhirnya berpisah selepas sekian lama bersabar dengan sikap dingin pakatan pembangkang negeri terutama ketika menghadapi pilihan raya Sarawak ke-10 baru-baru ini.







Presiden parti Edwin Dundang berkata, parti itu merasakan mereka tidak lagi diterima dalam pakatan itu selepas setahun hubungan “cinta tetapi benci” dengan pembangkang Sarawak yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

"Bukan pilihan kami untuk meninggalkan mereka... bagaimanapun kami merasakan kami tidak lagi diterima dalam pakatan itu, terutama dalam pilihan raya negeri.

"Sehubungan itu, kami tidak akan berdamai dengan pembangkang Sarawak bermula dari sekarang,” katanya kepada Bernama di sini hari ini dan menambah parti itu merasakan yang mereka diketepikan oleh pakatan pembangkang itu semasa pilihan raya negeri 16 April.

"Kami tidak pernah dijemput untuk menghadiri mesyuarat atau sebarang aktiviti bersama. Ini menunjukkan mereka tidak mahu kami lagi dan mahu meminggirkan kami,” katanya dan memaklumkan kali terakhir SNAP menghadiri mesyuarat pembangkang Sarawak pada Mac lepas berhubung pembahagian kerusi pilihan raya negeri. - Bernama

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: