Rabu, 4 Mei 2011

Menarik: Drama menculik diri sendiri untuk perdaya bakal isteri

Tindakan pemuda berusia 26 tahun itu menyebabkan si gadis, 25, menjadi kelam-kabut dan terus membuat laporan polis.

Difahamkan, pemuda itu terdesak berbuat begitu kerana tidak cukup wang untuk belanja hantaran untuk majlis pertunangan yang bakal berlangsung tahun ini.





Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, teman wanitanya bekerja di sebuah hospital pakar di Damansara melaporkan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada kekasihnya, kira-kira jam 6.30 petang, Ahad lalu.

Dalam SMS itu mengatakan teman lelakinya diculik, diikat tangan dan matanya ditutup.

“Kira-kira jam 9 malam, satu lagi SMS diterimanya dan penjenayah meminta wang tebusan sebanyak RM42,000 dan sebuah kereta milik wanita itu.

“Berikutan itu, dia membuat laporan polis bagi menyelamatkan kekasihnya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tun Hisan berkata, susulan itu, polis menahan teman lelakinya di KL Sentral, kira-kira 10.15 malam kelmarin yang dipercayai adalah mangsa dan suspek bagi drama penculikan terbabit.

“Ia merupakan perancangan mangsa sendiri dan difahamkan wang tebusan yang diminta adalah untuk digunakan sebagai persiapan majlis pertunangan,” katanya.

Katanya, setakat ini polis mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika sabit kesalahan.

“Polis tidak memandang remeh kejadian itu kerana setiap perkara yang dilaporkan, kami akan berusaha menyelesaikannya,” katanya.

PBO: macam-macam ada dalam dunia 1Malaysia ni. hehehehehe

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: