Rabu, 4 Mei 2011

Basmi rasuah: Ikan bilis atau ikan jerung? Pendapat anda?

PBO nak tanya anda pembaca sekalian, antara ikan jerung dan ikan bilis mana yang lebih mengancam negara?

Contoh rasuah ikan jerung RM2 juta, rasuah ikan bilis RM20. Budak-budak pun boleh jawab. Isu sekarang kenapa ikan jerung boleh lepas? Orang tak persoal tangkap ikan bilis tu tak patut, tapi orang persoal kenapa ikan jerung boleh lepas dengan mudah?

Banyak sudah catatan sejarah mengenai ikan jerung yang lepas walaupun laporan dibuat. Malas nak cerita panjang, cuma nak ajak korang baca artikel ni dan komen ...





KUALA LUMPUR 4 Mei - Dalam usaha memerangi rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kebanyakan masyarakat biasanya melihat kepada usaha menangkap ‘ikan jerung’ tetapi sebuah NGO merasakan tindakan terhadap ‘ikan bilis’ juga sama pentingnya.

Kesannya terhadap masyarakat adalah jauh lebih besar, kata presiden Majlis Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia Tunku Azwil Tunku Abdul Razak.

"Kehidupan majoriti penduduk seperti penjaja dan peniaga kecil amat terjejas dengan tindakan oleh pegawai penguatkuasa yang rasuah. Mereka ini perlu dilindungi dan itulah sebabnya mengapa tindakan SPRM terhadap ‘ikan bilis’ perlu dan mempunyai kesan yang besar,” katanya.

Tunku Azwil menyifatkan kritikan terhadap SPRM yang mengatakan bahawa mereka hanya memburu ‘ikan bilis’ adalah tidak benar kerana agensi anti rasuah itu bertanggungjawab melindungi kepentingan masyarakat daripada peminta rasuah. - UM


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: