Sabtu, 14 Mei 2011

Kurangkan beban rakyat, subsidi gula mungkin dimansuhkan tahun depan?

KUALA LUMPUR- Subsidi gula mungkin dimansuhkan tahun depan susulan penamatan tempoh kontrak jangka panjang dengan pengeluar gula global.








Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri (gambar) Yaakob berkata, kontrak yang dimeterai kerajaan dengan pengeluar gula kini menetapkan 70 peratus bekalan gula negara pada harga RM2.50 sekilogram, manakala baki 30 peratus lagi mengikut harga pasaran global.

Menurutnya, kontrak itu tamat Disember depan dan kerajaan akan teliti keperluan sama ada disambung atau tidak.

“Tahun lalu kerajaan membelanjakan RM10.3 bilion untuk subsidi dan angka itu akan meningkat menjadi RM17 bilion tahun ini jika kerajaan tidak melakukan apa-apa.

Bagaimanapun, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON 95 tidak akan dinaikkan buat masa ini,”katanya.

Menurutnya, perkara itu telah dibincangkan pada mesyuarat pasca-Kabinet Rabu lalu namun, kerajaan masih mengkaji tindakan paling wajar dilakukan mengikut kadar harga pasaran minyak dunia.

“Belum lagi (kenaikan harga petrol RON 95), kita cuma dengar laporan daripada pihak Kementerian Kewangan mengenai defisit jika ada perubahan kepada subsidi-subsidi
lain, bahan petroleum misalnya.

Baca ini pula;

kerajaan cuba cari jalan kurangkan beban rakyat

PBO kata boleh percaya ke? hahahahha sudahlah dengan janji manismu. Sudah tiba masa rakyat Malaysia menolak UMNO / BN dan memberi peluang 5 tahun kepada pakatan rakyat untuk membela nasib rakyat.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: