Sabtu, 14 Mei 2011

Isu Pengundi: PKR Selangor sedia jumpa Umno di mahkamah

KUALA LUMPUR, 13 Mei — PKR Selangor menegaskan pihaknya bersedia untuk berhadapan dengan Umno Hulu Selangor jika diambil tindakan undang-undang berhubung dakwaan wujudnya konspirasi mendaftar warga asing sebagai pengundi di kerusi Parlimen itu.






“Saya tidak kisah dan tiada masalah jika mereka mahu ambil tindakan kerana saya juga sudah bersedia untuk berhadapan dengan tindakan mahkamah bagi membuktikan kebenaran tentang isu pemastautin tetap ini (yang dipohon diberi status kerakyatan penuh),” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Dalam laporan disiarkan The Malaysian Insider pagi ini, Ketua Umno Hulu Selangor, Datuk Mohamad Idris Abu Bakar berkata, pihaknya berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang ekoran dakwaan Zuraida, yang mendakwa pihak berkenaan ada menghantar permohonan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Hussein, meminta kelulusan menukar taraf pemastautin tetap sekitar 2,000 rakyat asing bagi membantu kemenangan BN di Hulu Selangor pada pilihan raya umum ke-13.

Kedua-dua PKR dan Umno telah membuat laporan polis mengenai isu itu.

PKR Selangor mendedahkan perkara tersebut Selasa lalu.

Menurut Idris, dakwaan itu tidak benar dan menegaskan, beliau tidak pernah menghantar atau menandatangani sebarang surat permohonan untuk tujuan itu.

Katanya, beliau juga sudah membuat laporan polis mengenai tuduhan dibuat PKR itu dan akan menyerahkan kepada polis menyiasat dulu perkara itu.

Mengulas lanjut berkenaan kenyataan Idris, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, beliau tetap mempertahankan kenyataannya terhadap Idris Selasa lalu.

Kata Zuraida, Idris boleh menyamannya tetapi beliau tetap dengan pendirian untuk mempertahankan kenyataan kerana mempunyai bukti yang telah diserahkan kepada polis untuk siasatan.

Zuraida juga memberitahu, rakyat asing tidak mahu tampil menjadi saksi untuk memberi keterangan terhadap pemberian kad pengenalan status pemastautin tetap oleh BN.

“Sebenarnya ada rakyat asing, Indonesia, datang kepada untuk memberitahu mengenai BN... pemberian taraf kerakyatan tetap ini, namun mereka masih tidak mahu tampil menjadi saksi untuk PKR membongkar taktik kotor BN ini,” kata beliau.

Tambahnya, beliau telah memanjangkan bukti itu kepada polis agar dilakukan siasatan lanjut tentang kesahihannya sama ada benar atau tidak.

“Kita hanya perlu menunggu dan akan mengetahui kebenarannya setelah hasil siasatan polis terhadap surat ini dikeluarkan. Jadi, kita tidak boleh tentukan sama ada ia palsu atau tidak dan sepadan atau tidak dengan surat dalam rekod Kementerian Dalam Negeri,” katanya.

Zuraida juga menambah, sememangnya satu perkara biasa apabila Umno berusaha membuat penafian untuk menutup sesuatu kesalahan yang telah mereka lakukan.

“Biasalah selepas nafi mereka akan menutup apa-apa kesalahan yang mereka sudah lakukan. Kita sudah buat laporan polis. Malah, surat yang kita tunjukkan kelmarin itu juga lengkap dengan angka rujukannya.

“Bagaimanapun, saya tetap akan menunggu laporan siasatan keluar dan berharap rakyat sendiri akan sedar taktik kotor yang dimainkan oleh BN untuk meraih undi ketika pilihan raya umum ke-13,” kata Zuraida lagi.

Ahli jawatankuasa eksekutif pusat DAP itu percaya Razali yang menyertai DAP selepas pilihan raya 2008 tidak akan melakukan perkara yang boleh menjejaskan parti.

“Dia dengan saya baik, malah dia terhutang budi dengan DAP... kami anggap dia macam adik-beradik. Dia adalah seorang ahli yang kental dan setia.

“Dia pernah minta pertolongan kita dan kami tolong, dia banyak membantu parti termasuk ketika pilihan raya negeri Sarawak dan kita tidak tahu apa niat dan motif sehingga dia membuat laporan polis itu,” katanya.

Laporan Utusan Malaysia bertajuk “Kristian Agama Rasmi?”, 7 Mei lalu mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri daripada kalangan penganut itu.

Akhbar berbahasa Malaysia milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Utusan Malaysia melaporkan perkara itu selepas memetik laporan sebuah blog yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi-paderi di sebuah hotel di Pulau Pinang minggu lalu.

Bagaimanapun kumpulan Kristian dan DAP menafikan dengan keras dakwaan itu sambil menyifatkan laporan Utusan Malaysia itu “pembohongan yang bahaya.”

Menjelaskan lanjut mengenai perkembangan kes itu, Ooi berkata, sehingga kini lapan paderi telah dipanggil untuk membantu siasatan.

Bagaimanapun tambah Ooi, soalan-soalan yang ditanyakan ketika soal siasat itu “agak tidak logik.”

“Paderi-paderi itu ditanya (oleh polis) soalan dengan tema yang sama. Mereka ditanya jika ada konspirasi bagi melantik seorang perdana menteri Kristian dan sama ada terdapat ikrar bagi menjadikan Kristian agama rasmi persekutuan. Mereka secara kategori menafikan semua itu.

“Mereka juga ditanya sama ada mereka mengangkat tangan semasa bersembahyang seperti yang diamalkan oleh orang Kristian dan sama ada tangan kanan atau kiri yang diangkat dan setinggi mana ia diangkat,” katanya.

Jelas beliau, selain paderi tiga ahli parti yang turut menghadiri pertemuan itu telah dipanggil memberikan keterangan.

“Tohmahan yang dilakukan itu telah mengguris hati penganut agama Kristian selepas dua kes sebelum ini... ini adalah kes ketiga yang menyebabkan mereka lagi terguris hati.

“Yang pertama adalah penggunaan kalimah Allah dalam dalam penerbitan Herald yang kini dibawa ke mahkamah, kedua adalah penyelesaian isu Alkitab (kitab Injil versi Bahasa Malaysia) dan ketiga adalah dakwaan terbaru ini,” katanya.

Ekoran laporan Utusan Malaysia itu, Ooi turut membuat satu laporan polis iaitu sehari selepas akhbar milik Umno menerbitkannya dan secara keras menafikan dakwaan tersebut.

Beliau juga percaya laporan yang dikeluarkan akhbar berbahasa Malaysia itu adalah salah satu strategi Umno untuk “memusnahkan” DAP.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: