Rabu, 11 Mei 2011

Ke mana menghilang posting dari blog "marahku"? sudah lari?

KUALA LUMPUR, 11 Mei: Blogger yang membuat dakwaan awal, DAP terlibat dengan paderi Kristian untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara telah membuang posting itu dalam blognya semalam.






Kini timbul tanda tanya, apakah langkah media Umno, Utusan Malaysia yang telah menggunakan sumber itu dalam laporan muka depannya.

Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan, telahan banyak pihak selama ini bahawa isu 'Kristian agama rasmi' yang dimainkan Utusan Malaysia sebagai konspirasi politik ternyata benar.

Katanya, jika dakwaan yang disiar akhbar Umno pada 7 Mei lalu dengan tajuk “Kristian agama rasmi?' itu benar wujud, mengapa posting isu tersebut di blog Marahku yang dijadikan sumber Utusan Malaysia itu dibuang.

"Inilah cara konspirator, selepas berjaya mewujudkan ketegangan, mereka lari dan memerhati dari luar apa seterusnya akan berlaku," katanya kepada Harakahdaily.

Shamsul Yunus, yang menulis di blog Marahku, adalah antara dua penulis yang dipetik Utusan Malaysia dalam laporannya 7 Mei lalu.

Antaranya menuduh DAP berkemungkinan bersekongkol dengan paderi untuk menjadikan Kristian agama rasmi persekutuan dan membolehkan penganut agama itu dilantik sebagai perdana menteri.

Posting tersebut berjudul “Agong under threat? DAP wants to make Christianity the official religion of Malaysia?”

Bagaimanapun sejak semalam, blog marahku.blogspot.com didapati kosong dan semua posting juga didapati telah dipadamkan.(gambar atas)

"Saya yakin mereka dari awal sudah tahu risiko laporan tersebut, tetapi kenapa mereka siarkan juga benda yang tidak sahih itu?

"Satu sahaja jawapannya, kerana mereka sengaja," jelasnya sambil mendesak konspirator tersebut diambil tindakan.

Ditanya pandangannya berhubung motif disebalik permainan Umno melalui blogger dan medianya itu, Nasrudin tidak menolak kemungkinan ianya serangan berantai selepas sebelum ini mereka menyerang PAS agar tidak bersekongkol dengan DAP kononnya DAP anti Islam.

Ekoran itu juga, mereka mendesak agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

"Mereka cuba menanam kebencian agar orang Melayu tidak lagi boleh menyokong PAS kerana berkawan dengan DAP.

"Untuk membuktikan perkara itu, mereka timbulkan isu DAP sedang berusaha menjadikan Kristian agama rasmi negara ini agar orang Melayu benci DAP sekaligus membenci PAS," kata Nasrudin (gambar).

Selain Nasrudin, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga mempersoalkan tindakan penulis blog tersebut yang memadamkan semua posting berhubung artikel kontroversinya “konspirasi negara Kristian” itu.

“Sebuah blog yang 'mendedahkan' isu negara Krstian telah memadamkan entri berkenaan. Mengapa?” soal Khairy di Twitter.

“Jika penulis blog itu memadamkan pautan itu kerana beliau menyedari apa yang ditulis adalah tidak benar, maka ia sudah terlambat. Kerosakan telah dilakukan. Bagaimanapun, saya menunggu hasil siasatan,” tulisnya.

PBO: sudah ada dua isu besar tentang blog pro UMNO. Siapa yang upload video seks pun tak jumpa, yang ini pun diam saja. Banyak lagi fitnah dari blogger pro UMNO.
sumber klik sini

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: