Dahulu sewaktu Reformasi 1997, aku antara pelajar universiti yang berjuang di jalanraya. Sehingga aku ditangkap dan dibuang daripada universiti kerana AUKU. Sejak itu aku amat membenci Mahathir,malah menyokong gerakan-gerakan memburukkan beliau dengan gelaran seperti Maha-Firaun dan lain lain
Aku sanggup gadai masa depan aku kerana DSAI yang aku percaya dianiayai ketika itu. Aku membayar harga tinggi demi perjuangan tersebut. Kini aku hanya seorang penjual sayur dan setiap hari aku salahkan Mahathir atas nasibku.
Namun...setelah 14 tahun...dan setelah melihat begitu banyak dakwaan-dakwaan DSAI yang gagal disertakan dengan bukti yang kukuh, aku mulai ragu.
Keraguan aku menjadi semakin kuat apabila WikiLeaks mendedahkan keyakinan perisikan Singapura dan Australia betapa DSAI memang terlibat dalam kes yang sedang dibicarakan.
Aku semakin ragu apabila DSAI gagal membuktikan dengan kukuh kaitan DS Najib dengan Altantuya. Aku makin hilang keyakinan apabila DNA dalam dubur Saiful didapati menyamai DNA DSAI.
Dan kini...setelah melihat video itu...aku sudah tidak percaya pada DSAI. Luluh hati aku mengenangkan perjuanganku dahulu.
Aku mohon ampun dan maaf kepada Tun Mahathir kerana memfitnah Tun dahulu.
Aku baharu sedar bahawa apa yang Tun lakukan tahun 1997 itu adalah tindakan yang paling wajar diambil seorang Perdana Menteri bagi menyelamatkan negara daripada musnah dek malaun seorang ini.
Baru kini aku mengerti apa makna lirik lagu My Way dendangan Frank Sinatra yang Tun begitu minati itu
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
2 respon:
go to hell zul.....pengkhianat
mana perjuangan lawan murtad anda?
mana penentangan anda terhadap artikel 121?
now sudah sokong puak yg sokong artikel 121.
apasal nk salahkan anwar yg tidak berkuasa?
Zul....anda tersungkur di pintu syurga
BERTAUBATLAH ZUL .....
Catat Ulasan