Sabtu, 9 April 2011

10 OKU dipaksa mengemis

JOHOR BAHRU: Pengurusan sebuah pusat jagaan orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas berdaftar di Nilai, Negeri Sembilan, dipercayai mengambil kesempatan
terhadap 10 penghuninya dengan memaksa golongan berkenaan mengemis sebelum membolot semua hasil.

Penghuninya pula dikerah mengemis di seluruh negara, termasuk di Rawang, Selangor, serta Ipoh, Perak, dan kini aktif di negeri ini.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Mohd Faizal Abu Bakar berkata, pada masa sama dalang pusat jagaan terbabit dipercayai turut mengambil
kesempatan merekrut ahli baru terdiri daripada OKU di setiap lokasi yang disinggah bagi menambah hasil.

“Taktik itu terbongkar selepas seorang lelaki OKU berusia 30-an ditahan dalam Ops Pengemis yang dijalankan JKM di sekitar JB Sentral serta Larkin Sentral,
kelmarin.
“Ketika ditahan, OKU itu mengemis dengan berkerusi roda dan ditolak seorang mak nyah yang juga berusia 30-an,” katanya. (HM)

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: