Isnin, 4 April 2011

Terkini: Pelajar yang dibelasah sehingga koma akhirnya meninggal

Sebelum ini PBO ada menulis artikel dipetik dari harian metro yang bertajuk "Guru pukul pelajar hingga koma". Bagi yang terlepas peluang, boleh membaca kisah tersebut di sini

Dan semasa menyelak halaman portal online harian metro, PBO terjumpa berita terkini yang menyatakan pelajar tersebut telah pun meninggal dunia.

PBO ingin merakamkan ucapan takziah dan marilah kita sama-sama sedekahkan fatihah kepada adik Saiful Syazani.

Kepada guru-guru lain, jadikan inilah sempadan dan pengajaran buat kita semua. wallhhualam. (klik papar untuk membaca berita terkini yang dipetik dari harian metro)






ALOR SETAR: Murid yang dikatakan dipukul seorang guru di asrama sebuah sekolah agama rakyat di Jejawi, Perlis sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia
di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi tadi sejak dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lalu.
Mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang tadi.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 7 malam pada hari kejadian apabila seorang guru lelaki yang berumur 26 tahun dikatakan telah memukul kanak-kanak
tersebut selama hampir dua jam sehingga dia pengsan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya berkata suspek yang juga Penyelia Asrama sekolah berkenaan telah ditahan pada pukul 10 malam tadi.




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: