Isnin, 4 April 2011

Tayang dalam parlimen minta izin speaker, tayang di hotel pula macam mana?

Hai hai hai ... mana satu ni Nazri? Boleh ke tak boleh? PBO bukan komen tentang tayangan di parlimen tapi tayangan untuk luar parlimen.

1. jika tayang di lobi parlimen bukan untuk buat keuntungan (wang) tak menjadi kesalahan ke Nazri?

2. Jadi kalau tak dapat untung (wang) tak payah minta izin pun tak apa kan Nazri?

3. Ada ke undang-undang yang boleh menghalang tayangan ini Nazri?

4. Kalau tayang kat parlimen mesti dapat kelulusanspeaker, kalau tayang kat stadium atau hotel minta izin siapa?


(klik papar untuk ulasan seterusnya)









PBO petik dari Malaysia Kini:

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini menyokong cadangan supaya rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin parti pembangkang ditayangkan di Parlimen.

Mohamed Nazri berkata ia bagaimanapun tertakluk kepada persetujuan speaker Parlimen kerana hanya beliau mempunyai kuasa menentukan sesuatu keputusan dalam dewan.

"Tapi kita bimbang kalau benda ini ditayang, adakah ia akan melanggar undang-undang.

"Kalau nak tayang di Parlimen, di mana? Kalau di perkarangan Parlimen susah nak dapat imuniti, kena tanya speaker dulu sebab dia yang tentukan, tak payah buat usul, minta sahaja kepada speaker," katanya.

Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Kali Ke-5 Jabatan Peguam Negara Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura di Langkawi hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Karpal Singh yang disiarkan akhbar mencadangkan supaya rakaman video berkenaan ditayangkan di Parlimen semalam.

Karpal berkata video itu perlu ditayangkan bagi membolehkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk semua anggota Parlimen mengenal pasti identiti individu lelaki dalam rakaman terbabit.

Sementara itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail ketika ditanya daripada sudut undang-undang mengenai penayangan video itu berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana masih belum mendapat kertas siasatan daripada Ketua Polis Negara.

"Ini sangat kontroversi, saya cadangkan baca Akta Penapisan Filem kerana ada dinyatakan betul-betul apa yang menjadi kesalahan... dalam akta itu memang ada tapi bergantung kepada jenis kes.

"Dalam kes ini tak boleh nak komen lagi sebab belum terima kertas siasatan, polis tak serahkan lagi sebab ada sedikit siasatan lagi," katanya.


Nazri: Tayang video seks perlu kelulusan speaker - Malaysiakini

Ha ... macam mana? OK baca ini pula yang PBO petik dari portal yang sama satu ketika dulu ... baru lagi tau ..

Mengulas 'tayangan video aksi seks' di hotel Carcosa Seri Negara, semalam, Nazri bertegas tidak salah bagi penganjur di sebalik tayangan itu berbuat demikian.

“Awak bagi tau apa yang salah. Semua orang kata ia melanggar undang-undang, tetapi bagi tahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang tahu, perlu tampil dan maklumakan kepada kami,” katanya.

Menurutnya, jika tayangan yang diaturkan oleh seseorang individu yang hanya dikenali sebagai Datuk T dibuat untuk mencari keuntungan, maka ia satu kesalahan.

Ditanya sama ada tayangan rakaman itu menyalahi undang-undang, Nazri berkata, "ditayang untuk wang, ya, mungkin ia."

Nazri: Tiada yang tonton 'video lucah' di parlimen - Malaysiakini

PBO: ????? confuse, confuse,confuse






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: