KUALA LUMPUR, 7 April: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakamkan ucapan takziah kepada isteri dan seluruh ahli keluarga Allayarham Ahmad
Sarbani Mohamed, pegawai kastam yang ditemui mati di perkarangan bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pagi semalam.
“Saya selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM turut merasa sedih dan bersimpati atas kejadian yang berlaku.
“SPRM akan menjalankan siasatan dalaman secara menyeluruh mengenai perkara ini,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed dalam satu kenyataan
yang dikeluarkan di sini, malam tadi.
SPRM juga, katanya telah menyerahkan perkara itu kepada pihak Polis untuk menjalankan siasatan punca kematian dan SPRM akan memberi kerjasama yang sepenuhnya
dalam siasatan tersebut.
“Kami juga berharap perkara ini tidak dieksploitasi atau dimanipulasikan pihak-pihak tertentu untuk kepentingan peribadi mereka,” ujarnya.
0 respon:
Catat Ulasan