Sabtu, 2 April 2011

Pemuda diarah bela diri rogol remaja 14 tahun

KOTA BHARU - Mahkamah Sesyen semalam mengarahkan seorang pemuda membela diri di atas pertuduhan merogol gadis bawah umur pada tiga tahun lalu.

Tertuduh tersebut semalam memohon kepada mahkamah di hadapan hakim, Wan Fadhilah Nor Wan Idris untuk membuat pengakuan secara bersumpah.

Wan Fadhilah Nor ketika membaca keputusan berkata, setelah meneliti kes berkenaan secara maksimum dan pendakwa raya berjaya membuktikan kes prima facie
ke atas kedua-dua pertuduhan lelaki berasal dari Bachok itu diarah membela diri.






Berdasarkan pertuduhan pertama, antara jam 3 pagi hingga 4 pagi di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga di Kampung Mujur Jelawat, Bachok, tertuduh didakwa
merogol seorang gadis berusia 14 tahun 2 bulan pada 1 Februari 2008 dan dengan itu melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) Kanun
Keseksaan.

Manakala untuk pertuduhan kedua pula, pada 2 Februari tahun yang sama, antara jam 12 malam hingga 2 pagi di sebuah bangsal di Kampung Aman, Bachok, tertuduh
didakwa merogol gadis tersebut dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Dalam prosiding tersebut juga peguam bela, Mohd Yusoff Yakob memberitahu mahkamah seramai tiga saksi akan dipanggil berhubung kes tersebut. Hakim memberitahu
kes berkenaan perlu diselesaikan sehingga Jun ini.


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: