Rabu, 6 April 2011

Pelajar samseng bergaduh ditahan polis

HULU SELANGOR: Lapan pelajar tingkatan empat dan lima yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan sehingga menyebabkan dua daripada mereka cedera Jumaat lalu, ditahan polis, kelmarin.







Difahamkan, polis turut merampas dua topi keledar yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa dalam pergaduhan itu.

Menurut sumber, dua pelajar mengalami kecederaan di muka dan hidung itu sudah menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata dalam rusuhan.
Kelmarin, Harian Metro melaporkan dua kumpulan membabitkan lapan pelajar sebuah sekolah menengah dekat sini bergaduh yang berkesudahan dua daripada mereka cedera dan dimasukkan ke hospital.

Pergaduhan itu membabitkan pelajar tingkatan empat dan lima sekolah yang sama berlaku di kawasan sekolah pada kira-kira jam 12 tengah hari, Jumaat lalu. (MH)

PBO: Orang suruh pergi belajar bukan bergaduh. Kenapa nak rosakkan masa depan dengan menurut hawa nafsu?

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: