Sabtu, 16 April 2011

PAS belum kuat di Sarawak

Harapan PAS untuk memenangi kerusi pertamanya di Sarawak tidak menjadi kenyataan apabila calonnya kalah di kesemua lima kerusi yang ditandinginya dalam pilihan raya negeri Sarawak hari ini.

Lima lima kerusi yang ditandingi PAS ialah – Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro – kesemuanya kawasan majoriti Melayu-Melanau.








Selepas pengiraan undi bagi kerusi Beting Maro selesai, calon PAS tewas dengan majoriti 436 undi kepada calon BN.

Beting Maro merupakan kerusi yang menjadi sandaran PAS untuk menang dalam pilihan raya negeri kali ini.

Calon PAS, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus mendapat 2,578 undi manakala calon BN, Razaili Gapor, yang memperolehi 3,014 undi.

Sehingga jam 6 petang ini, calon BN juga mendahului di tempat lagi kerusi yang ditandingi PAS, iaitu:

N 22 Sebuyau
PAS – 719 undi
BN – 1,928 undi
Bebas – 44 undi

N03 Tanjong Datu
PAS – 223 undi
BN – 954 undi
Bebas – 50 undi

N20 Sadong Jaya
PAS – 1,072 undi
BN – 3,949 undi
Bebas – 402 undi

N 15 Muara Tuang
PAS – 575 undi
BN – 1,580 undi (malaysiakini)

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

lah berkata...

orang serawak dah lama lali dgn beer BN, bukan senang nak buat majik ni, masih dgn otak letak BN, letak tunggul balak sebagai calon pun BN menang. PR pulak terutamanya PAS akan beralasan macam biasa "demokrasi pincang dan berat sebelah, semua jentera kerajaan dipergunakan,media memfitnah,bla.bla.bla....terus balik rumah tunggu PRU13..