Rabu, 6 April 2011

Askar Singapura lembik?

Gambar fail merakamkan seorang askar muda Singapura dalam keletihan dan memakai but perang berjalan dengan pembantu rumah wanita berada di belakangnya sambil menggalas beg tenteranya yang mencetuskan kontroversi di republik itu baru-baru ini. - Agensi

SINGAPURA 5 April - Seorang askar Singapura yang gambarnya dirakam bersama pembantu rumah yang menggalas begnya, kini menyesal atas kelakuannya dan menjalani kaunseling, kata Kementerian Pertahanan.







Gambar tersebut yang disiarkan oleh media tempatan dan kemudian disebarkan di Internet, menimbulkan kemarahan dan kebimbangan mengenai rekrut dalam tentera republik ini dianggap sebagai 'lembik'.

"Askar berkenaan telah mengenalkan dirinya kepada komander pasukannya.

"Dia telah diberikan kaunseling dan kembali menjalani latihan," kata Pengarah Hal Ehwal Awam Kementerian Pertahanan, Kolonel Desmond Tan dalam satu surat kepada Straits Times, hari ini.

Tam berkata. askar berkenaan menyesal atas tindakannya dan sedar ia tidak sepatutnya berlaku.

Gambar itu menunjukkan seorang askar muda dalam keletihan dan memakai but perang berjalan dengan pembantu rumah wanita berada di belakangnya sambil menggalas beg tenteranya.

Singapura melaksanakan kerahan tentera dan semua rakyat dan penduduk tetap berusia 18 tahun dan ke atas perlu menjalani latihan tentera selama dua tahun.

Kritikan telah dikeluarkan berhubung latihan ketenteraan yang dilihat tidak tegas berbanding generasi sebelumnya kerana aduan daripada ibu bapa.

Bagaimanapun, para penganalisis berkata, gambar tersebut tidak menggambarkan keadaan sebenar tentera di negara itu sekarang. - AFP - UM


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: