Rabu, 22 Ogos 2018

Mari maafkan Ustaz Azhar Idrus

Mendengar klip video Ustaz Azhar Idrus yang menjawab soalan seorang pendengar ketika menyampaikan kuliah di Medan Ilmu Kelantan, ternyata jawapannya tidak menggambarkan situasi sebenar isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)

Sedangkan isu itu sudah ditangani oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof.

Soalan yang berbunyi, apakah pandangan ustaz (tentang) seorang menteri kita yang minat golongan LGBT, saya sifatkan sebagai provokatif.

Nada soalan itu (yang entah daripada siapa) bukan bertujuan mahukan maklumat atau pencerahan terhadap situasi sebenar isu berkenaan ditangani, tetapi lebih bertujuan untuk mempengaruhi pendengar supaya melihat menteri terlibat (sudah tentulah menteri agama) seolah-olah merestui LGBT melalui ungkapan kalimah minat yang digunakan dalam soalan berkenaan.

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang jawapan ustaz berkenaan kerana jawapannya juga penuh dengan prasangka seakan-akan menteri berkaitan dan kerajaan Pakatan Harapan merestui, membiarkan dan menyokong aktiviti golongan tersebut.

Sedangkan, hakikatnya sudah ada kenyataan jelas daripada menteri yang disiarkan dalam pelbagai media tentang sikap menteri dan kerajaan dalam mendepani isu ini serta kaedah menangani golongan terbabit.

Sepatutnya ustaz berkenaan berperanan memberikan maklumat tepat dan benar kepada soalan provokasi itu dan bukannya menambah perencah supaya pendengar kuliahnya terbawa-bawa dengan tanggapan bahawa kerajaan HARAPAN sedang membiarkan golongan berkenaan bebas melakukan apa saja.

Kembali ke fitrah

Ini termasuk fitnah kononnya kerajaan HARAPAN bersedia meluluskan permohonan untuk berkahwin sejenis atau melayan apa saja kemahuan mereka tanpa sebarang sekatan dan peraturan.

Sebenarnya, menteri dan kerajaan HARAPAN tidak pernah merestui apatah lagi akan membiarkan golongan terbabit mempromosikan amalan tidak baik berkenaan.

Bahkan menteri sudah menyebut secara jelas, mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk melakukan sebarang aktiviti yang menyongsang budaya masyarakat dan fitrah kemanusiaan.

Mengapa ustaz berkenaan tidak highlight kenyataan sebenar menteri? Mengapa ustaz berkenaan tidak sebutkan dengan jelas usaha JAKIM, pelbagai NGO, bahkan beberapa individu termasuk SS Mufti Wilayah Persekutuan, pensyarah universiti dan aktivis sosial yang turun menyantuni golongan terbabit untuk membimbing mereka kembali kepada fitrah?

Ustaz berkenaan dalam jawapannya mengaitkan golongan LGBT kini dengan azab Tuhan kepada kaum Nabi Lut (katanya dalam surah Lut, padahal tidak ada surah bernama sebegitu dalam al-Quran) seolah-olah kerajaan HARAPAN sedang merestui aktiviti keji itu dan Malaysia di ambang kemusnahan seperti kemusnahan kaum Lut. Benarkah begitu?

Saya tegaskan sekali lagi, tidak benar sama sekali kerajaan HARAPAN sedang dan akan membiarkan aktiviti golongan berkenaan berkembang atau dipromosikan.

Terbaru, tindakan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad dan DBKL yang menyerbu sebuah kelab gay beberapa hari lalu di ibu kota membuktikan kerajaan HARAPAN sedang dan akan berusaha secara serius menangani isu ini secara bersepadu.

Mengapa semua itu tidak disebut sebagai jawapan kepada soalan berkenaan? Mengapa kebenaran disembunyikan?

Kerja tak bermoral

Mengapa orang ramai diapi-apikan supaya berburuk sangka kepada usaha-usaha dakwah, bimbingan dan penguatkuasa undang-undang yang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk membawa golongan berkenaan kembali ke pangkal jalan atau menerima hukuman setimpal?

Jika semua situasi yang saya sebutkan di atas tidak berada dalam pengetahuan ustaz berkenaan, sepatutnya beliau jujur dengan dirinya sendiri. Takkanlah orang seperti menteri agama, atau mana-mana menteri sekalipun, sama ada yang muslim atau bukan muslim menaruh minat kepada golongan LGBT atau kerja tidak bermoral mereka? Jujurlah.

Ustaz berkenaan sewajarnya memberi gambaran kepada umum dengan gambaran sebenar iaitu tidak ada mana-mana pihak pun yang merestui kerja tidak bermoral mereka dan usaha menanganinya secara bersepadu dan sistematik sedang dilaksanakan dengan giat oleh pelbagai individu, agensi kerajaan dan NGO termasuk tindakan dari sudut undang-undang jika aktiviti kelompok LGBT itu dilakukan secara terbuka dan mengganggu ketenteraman awam.

Pada masa yang sama, semestinya hak-hak mereka sebagai warganegara dan sebagai manusia akan tetap dihormati dan dipelihara.

Menghormati dan memelihara hak-hak mereka tidak bermakna merestui kerja tidak bermoral mereka apatah lagi mereka akan dibiarkan untuk melakukan apa sahaja sesuka hati mereka.

Ustaz berkenaan tidak sepatutnya melihat isu ini dari satu sudut pandang sahaja iaitu sudut pandang hukuman dengan mengenepikan sudut pandang dakwah secara berhikmah dan lemah-lembut seperti yang disarankan oleh al-Quran dan diuswahkan oleh Rasullullah SAW.

Legasi Tok Guru

Berlembut dengan mereka tidak bermakna merestui atau minat dengan aktiviti pelik mereka.

Kalau berlembut dengan mereka nanti perompak, pencuri, penyamun juga akan minta untuk kita berlembut dengan mereka?

Ini qiyas di luar konteks kerana semua perlakuan jenayah itu di bawah takluk undang-undang. Pelakunya tidak bebas untuk melakukan semua itu, sama seperti golongan LGBT juga tertakluk kepada undang-undang.

Saya sangat berharap, supaya tidak ada lagi mana-mana pihak yang cuba mengelirukan masyarakat dengan kenyataan-kenyataan tidak berasas tentang isu ini. Kenyataan menteri dan tindakan pelbagai agensi kerajaan perlu dirujuk sebelum sebarang kenyataan dibuat.

Sepatutnya kuliah di Medan Ilmu Kelantan yang menyambung legasi kuliah ilmu Tok Guru Nik Aziz itu menjadi medan menyebarluaskan keharmonian, dakwah secara berhikmah kepada pelbagai golongan dan paling penting pengisian ilmu bermanfaat seperti yang dibuat oleh almarhum Tok Guru.

Saya sarankan kepada ustaz berkenaan, jujurlah dengan diri sendiri, sebarkanlah maklumat yang sebenar, usah racuni pemikiran orang ramai dengan maklumat separuh masak yang boleh mencetuskan prasangka dan jadikanlah kuliah sebagai medan menyebarkan kasih-sayang, bukan menyebarkan kebencian.

ZOLKHARNAIN ABIDIN adalah pengarah hal ehwal Syariah AMANAH.

Bagi aku, mereka cuba menyalahkan Pakatan Harapan terhadap isu ini. Bagi mereka, mereka menabur fahaman kepada ahli dan orang ramai, di bawah PH seolah-olah merestui perbuatan LGBT. Tengoklah apa yang dilakukan oleh seperti perempuan ini

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

20 respon:

Tanpa Nama berkata...

Ustaz Pas tidak habis nak melaknat dan maki hamun. Ikut perangai hawa nafsu syaitan? Sebar dakwah dan agama dengan kasih sayang dan ingat mengingat sesama insan.

Seorang penyokong Pas tanpa segan silu maki hamun kaum Luth dan melaknat kepada pemimpin beragama Islam. Jenis macam ini nak sebar agama Islam? Elok betulkan diri sendiri dulu sebelum nak perbetul orang lain. Alahai.

mahligaiseni berkata...

Sebahagian pemimpin dan Penyokong PAS tidak memperlihatkan akhlak mulia dalam menyebarkan syiar Islam. Mereka gemar memaki hamun. Malang sungguh, kita mahukan cahaya Islam tetapi PAS memperlihatkan kesuramannya.

Tanpa Nama berkata...

Azhar Idrus tu lulusan apa?Dia bkn MAZA. Jadi jawapan dan ulasannya pun sekadar batas otak dia lah. Biarkanlah dia.

Tanpa Nama berkata...

Ustaz menyalahkan rakyat mengundi PH yang menyebabkan bencana berlaku. Bagi Ustaz itu, LGBT adalah bencana sedangkan ianya telah ujud 40 tahun bukan 30 tahun kerana sebelum itu telah ujud Kawloon di Jalan TAR dan Matahari bersebelahan Pertama Kompleks.

Mengapa bila PH memerintah sahaja di kata bencana?

Ustaz itu seolah kecewa kerana parti kesayangan nya kalah teruk di beberapa negeri dan tidak senang dengan kejayaan AMANAH.

Tanpa Nama berkata...

kita benci lgbt kerna Allah dn Nabi benci..lah bongok

Tanpa Nama berkata...

Isu LGBT?
Jangan tanya Ustad..
Tanya lah Siti Kassim..

Tanpa Nama berkata...

LGBT ni satu penyakit.. yang berjangkit jangkit..
Perlu dirawat..
Kalau dah di tahap wabak...
Perlu di kaurintin..
Sebagai mana di jalakan terhadap kumpulan penagih dadah dan Alarqam..

Tanpa Nama berkata...

Ahli Pas sekarang sangat biadab dan suka maki hamun. Ajaran ulama Pas gagal mendidik ahli sendiri. Patutlah mereka hanya mampu melaknat dan menghukum neraka semata-mata. Dakwah ulama Pas ikut cara Yahudi yang memencilkan agama daripada disebarkan. Khusus kepada puak sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Kalau berjangkit kepada ahli Pas rasanya sudah kena sembelih tanpa was-was. Hehehe..

Tanpa Nama berkata...

uai... pelawak tu ke.. mari kita ketawa beramai2

dok nganu kesipuan dgn puak pas dn hadi.

Tanpa Nama berkata...

uai... pelawak tu ke.. mari kita ketawa beramai2

dok nganu kesipuan dgn puak pas dn hadi.

Tanpa Nama berkata...

Hahahahaha..
Lawak tahap bengong 361 degree..

Tanpa Nama berkata...

Bagus lagi dengar ceramah Siti Kasim kan .. banyak lagii dapat faedah nyer..

Tanpa Nama berkata...

Bro nii dulu penghuni ker pelanggan kat situ.. tau segala lubok...
Dah taubat lah kan..

Tanpa Nama berkata...

Ulasan kau pakai kepala otak ker pakai kepala taik.. busuk betul..

Tanpa Nama berkata...

PAS ikut YAHUDI..
Dol kau tau tak YAHUDI TU aper..
Odooi pakai kepala otak Dol jangan pakai kepala taik..

Tanpa Nama berkata...

Betulkah Kaum Luth dilaknat ALLAH..
Tanya Ustad..
Jangan tanya Siti Kasim..

Tanpa Nama berkata...

Setuju 100%. Puak puak tu semua dah pun keluar PAS beramai ramai diketuai olehYB Tn Hj Mohd Sabu berserta rakan karib nyer YB Tn Hj Mahfus.. ALHAMDULILLAH..

Tanpa Nama berkata...

Ceramah lawak boleh masuk Maharaja Lawak musim baru. Tak payah bawa ke surau dan masjid. Lagho.

Tanpa Nama berkata...


Mempertahankan LBGT macam tulisan artical ni bermakna bersama LGBT kalau tuan rasa subject bukan politik bagi pencerahan. UAI tdak bersama dalam apa keadaan pun terhadap LBGT no torelate dlm hal LGBT klau Pan amanah nak handle dengan logik akal atau liberalism memang tak telly dgn islam. islam main kita kena refer AlQuran/hadish minta kita bersama ulamak dalam perkara ini kalau kita islam - AlQuran/hadish ...yg maki ulamak tu ingat lah pi pederah al fatihah logi asyik dok degaq ceramah politik tak cukup bak hang ok beres den poie dulu