Rabu, 22 Ogos 2018

Perempuan ni rupanya ahli PAS, istifar banyak2..


Mulanya aku memang tak berapa kenal Wan Asshima Kamarudin, cumanya aku try google. Jumpa benda ni ...
BEKAS Ahli Jawatankuasa Kerja Puteri Umno Bahagian Klang, Wan Asshima Kamaruddin mendedahkan beliau memutuskan meninggalkan Umno kerana parti tersebut gagal membuktikan perjuangannya dalam memartabatkan Islam.

Beliau mendedahkan setelah 17 tahun aktif bersama Puteri Umno, pengasas badan bukan kerajaan (NGO) Alif Ba Ta Srikandi Masyhur nekad memilih berjuang bersama PAS demi mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.

"Saya rela lepaskan dan rela buang segalanya termasuk pangkat kerana saya yakin perjuangan ini kerana Allah. Kita lihat pada musuh kita yang satu, DAP yang mana boleh kita kongsikan pengalaman kita melihat sendiri bagaimana runtuhnya akidah dan budaya songsang yang mana mereka telah liberal.

"Secara haram mereka hidup seolah-olah menghalalkan matlamat yang haram, meminta hak perkahwinan sesama sejenis, menghasut serta memfitnah pemimpin tuan guru kita.

"Bagi siapa sahaja yang telah menghina ulamak ini seolah-olah mereka telah menghina Islam. Saya sebenarnya telah terpanggil dan rela bangkit berjuang habis-habisan demi masa depan pewaris bangsa," katanya.

Katanya, biarpun pertubuhannya terdiri daripada puteri Umno dan juga exco, namun beliau nekad mengambil langkah mudah, biarlah yang berada di dalam pertubuhannya itu merangkumi mereka yang ingin berjuang bersamanya demi agama dan bangsa.

"17 tahun saya bersama Umno, 17 tahun juga saya bersama dengan puteri Umno dan saya sendiri menang bertanding di kawasan bahagian Klang sebagai AJK Puteri Umno Bahagian. Saya rela melepaskannya kerana bagi saya mudah sahaja, kalau kamu tidak boleh bawa Islam saya akan tinggalkan kamu," katanya.

Wan Asshima ditemani ibunya membuat pengumuman dan menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi disaksikan oleh Ketua Dewan Muslimat Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh pada program Ceramah G-Salam 6.0 anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat, bertempat di Darul Tarbiyah, Kampung Malaysia Tambahan, Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir pada program tersebut adalah Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang, Ustaz Mokhtar Senik, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohammad Nor Mohamad dan AJK PAS Pusat, Dr Rosni Adam. - HARAKAHDAILY 16/10/2017

sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/3331-bekas-puteri-umno-nekad-berjuang-bersama-pas


Tak mungkin kot Wan Asshima ni sama seperti video kat atas. Ni mungkin pelanduk dua serupa hahahahahaha, Sebetulnya beginikah yang diajar dalam parti .... Parti suci murni.

Aku harap bukan setakat laporan polis. Sila sumbat mulut dia dengan saman.

Dua laporan polis dibuat terhadap Pengerusi Gerakan Muslimah Malaysia Wan Asshima Kamaruddin di Ibu Pejabat polis Dang Wangi berhubung dakwaan fitnah menyatakan menteri wilayah dan menteri di Jabatan Perdana Menteri menganjurkan pesta gay terbesar di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Laporan polis itu dibuat oleh Zulhazmi Shariff, pegawai tugas-tugas khas menteri wilayah yang juga peguam mewakili Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad dan Hisham Fauzi, pegawai tugas-tugas khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Kedua-dua laporan polis itu merujuk kepada fitnah yang didakwa dibuat Wan Asshima di laman Facebooknya terhadap kedua-dua menteri berkenaan baru-baru ini.

“Beliau (Wan Asshima) menuduh menteri wilayah membenarkan penganjuran pesta gay besar-besaran melalui video di laman Facebook miliknya, tetapi (video itu) telah dipadam.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/20/pesta-gay-dua-menteri-buat-laporan-polis/


Aku harap dia ni bukan ahli PAS.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

6 respon:

Tanpa Nama berkata...

Nak bayar saman bolehlah edarkan tin milo. No problem. Ramai brother and sister sanggup bantu

Tanpa Nama berkata...

Apa yang diajar bila masuk Pas sekarang? Sebar fitnah ke? Ish. Nauzubillahiminzalik.

I berkata...

Video ini sudah disebar merata2 menggunakan berbagaiapps termasuk wasap. Ramai jugak yang percaya dengan ceritanya....kalau muslimah macam ni punya perangai...bagai mana jika dia berjaya jadi ketua yg punyai kuasa...?

Tanpa Nama berkata...

Tiada seorang pemimpin Pas pun peduli dengan fitnah yang bermain dalam parti mereka? Tak lama lagi fitnah juga akan makan tuan.

Tanpa Nama berkata...

saman aje budak pompuan tu.

dia tu dulu umno. tiba2 tersedar kunun masuk pas terus naik semangat nk berperang guling kerajaan dah.

itulah susahnya kalau tkde asas kefahaman agama yg murni, kesedaran agama melalui parti politik yg jenama islam tp akhlak ke laut.

dia ingat senang je dpt kuasa pi bunuh semua lgbt. asal nampak lgbt tembak bagi mati. kalau Tanya dia ni dh pernah jumpa sesiapa lgbt dan berdakwah ke? haram tk pernah.

dia ni culture shock baru nk tau islam tu syumul ada dalam politik. politik islam jauh lebih luas dpd masuk pas yg sempit.

saman dia bg pengajaran dan kalau boleh masukkan ke pusat pemulihan islam. jenis ni lah yg isis suka ambik kesempatan sebb islam dgn semangat berkobar2 kunun berani mati kerana Allah.

memalukan melayu dan islam. harapkan ust cina seperti ebit liew juga nk bertemu maknyah menyampai dakwah.

Tanpa Nama berkata...

semakin hari semakin terselah kedurjanaan parti-parti politik yang menentang islam... kalau Allah bagi aku doa makbul salah satu doa aku minta di panah petir semua golongan penentang islam...