- KUALA LUMPUR: Kira-kira 69 orang dikhuatiri terperangkap dan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, pada awal pagi Jumaat.
- Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota dan aset ke lokasi kejadian.
- "Menurut laporan awal komander operasi, kejadian tanah runtuh berlaku di tepi jalan berhampiran 'Father Organic Farm' dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan.
- "Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan satu ekar.
- "Maklumat awal daripada pihak polis mendapati, terdapat 100 orang berada di tapak perkhemahan tersebut yang mungkin menjadi mangsa runtuhan," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
- Bagaimanapun, Norazam berkata, setakat jam 5.30 pagi, seramai 31 mangsa telah ditemukan dalam keadaan selamat.
- "Pasukan unit K9 dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentosa, BBP Ampang, BBP Pandan, BBP Kota Anggerik, BBP Kajang, BBP Andalas turut digerakkan ke lokasi kejadian.
- "Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) turun telah diaktifkan untuk penyelamatan mangsa yang masih terperangkap," ujarnya.
-astro awani.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI
WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA
IKLAN TEKS DI SINI
IKLAN TEKS DI SINI
IKLAN TEKS DI SINI
IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan