Rabu, 23 Mac 2016

Pandikar berang wartawan 'hendap' Shafee


Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi amaran kepada wartawan supaya tidak menemuramah bukan ahli parlimen di lobi Dewan Rakyat.

Ini berikutan tindakan wartawan yang menyerbu dan mewawancara peguam Umno Tan Sri Mohd Shafee Abdullah di lobi parlimen, Khamis lalu.

Pandikar berkata perintahnya yang dibuat sejak November 2012 yang tidak membenarkan bukan ahli parlimen daripada membuat sidang akhbar di lobi masih berkuat-kuasa.

“Saya tidak akan berkompromi dengan sesiapa [...] Orang masuk nanti dan diasak oleh pemberita bukan sengaja buat sidang ahkbar..

“Yang itu saya minta kerjasama daripada ahli-ahli parlimen dan kepada wakil media di sini, tolong jangan buat seperti begitu, kerana ruling itu masih ada.

“Lain kali kalau saya dapati ada perkara-perkara berlaku lagi, maka saya tidak akan teragak-agak panggil editor sama ada portal berita atau surat khabar ,” katanya mengingatkan semua pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Pandikar berkata beliau mendapat tahu ‘wawancara serbuan’ ke atas Shafee berikutan aduan daripada Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him.

Menurutnya, beliau telah mengarahkan pegawainya untuk menyiasat perkara berkenaan dan telah mengkaji rakaman CCTV di tempat kejadian.

Pandikar melahirkan rasa kesal bahawa wartawan yang bertugas di Parlimen suka ‘mengejar’ tokoh kenamaan apabila mereka hadir di parlimen.

“Yang saya kesal pemberita-pemberita di parlimen, sama ada portal berita atau akhbar-akhbar konvensional ialah apabila orang kenamaan masuk (ke parlimen), kalau saya boleh guna istilah hendap.

“Saya pun pernah kena beberapa kali. Dia kejar kita dengan mikrofon untuk dapatkan reaksi atas kenyataan tertentu.

“Malangnya bagi kita, kalau tidak dapat mengundur diri kita terpaksa buat respons,” katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: