Rabu, 23 Mac 2016

Kerajaan UMNO dolak dalik isu kos RM270 juta baiki KLIA2

Kerajaan berdolak dalik dalam isu peningkatan kos sehingga RM270 juta untuk membaiki kerosakan Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2).


Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin bertanya bagaimana kos pembaikan dari lebih RM70 juta naik sehingga RM193.5 juta – peningkatan begitu besar, sejak lapangan terbang itu dibuka pada Mei 2014.

Menurutnya, Menteri Pengangkutan dalam jawapan bertulis kepada beliau di Parlimen pada 21 Oktober 2015 menyatakan, kos yang dibelanjakan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) bagi kerja-kerja pembaikan sejak KLIA 2 dibuka adalah RM76.5 juta bagi operasi berkaitan masalah mendapan di tempat letak kereta, takungan serta retakan di bangunan terminal.

“Persoalan utama yang perlu dijawab kenapa kos pembaikan naik dari lebih RM76 juta sehingga RM270 juta?” soalnya lagi mengulangi pertanyaan di Dewan Rakyat semalam mengenai perbelanjaan terkini MAHB untuk pembaikan tersebut tetapi masih belum dijawab.

KLIA2 dilaporkan mengalami masalah mendapan tanah di ruang parkir dan laluan pesawat, selain kejadian kebocoran bahan api, takungan air di landasan pelepasan dan mendarat serta retakan di bangunan terminal.

Sebelum ini, dilaporkan, berlaku lebihan kos pembinaan KLIA2 daripada RM2 bilion menjadi RM4 bilion.

Hanipa berkata, sehingga sekarang, kerajaan gagal memberikan penjelasan walaupun isu tersebut ditanya berkali-kali di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, dua jawatankuasa dibentuk bagi menangani permasalahan KLIA2 ini – jawatankuasa terlibat dalam menyiasat tentang kerosakan lapangan terbang berkenaan dan satu lagi berkenaan peningkatan kos. Namun laporan kedua-dua jawatankuasa tersebut belum didedahkan kepada Ahli Parlimen.

Ekoran itu, Hanipa mendesak kerajaan membentangkan semua laporan berkenaan di Dewan Rakyat.

“Mengapa begitu lewat untuk mendedahkan kedua-dua laporan itu sedangkan isu ini melibatkan kepentingan awam dan keselamatan pengguna dan telah lama dibangkitkan pelbagai pihak.

“Saya meminta kerajaan mendedahkan segera kedua-dua laporan itu iaitu dalam persidangan ini juga dan Parlimen kena tetapkan satu tarikh di Dewan ini untuk kedua-dua laporan itu dibahaskan, hentikan berdolak dalik dalam isu ini,” kata Hanipa pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: