Selagi ada DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) dalam Pakatan Harapan, usahlah gabungan pembangkang itu bermimpi untuk Pas kembali menyertai mereka demi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Seperti kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, untuk bertaut memang tidak mungkin malah Pas akan menentang DAP habis-habisan yang bercita-cita untuk memerintah negara ini.
"Itu memang agenda politik yang diperjuangkan DAP dan kami tidak akan sama sekali bersekongkol dengan puak-puak itu sebaliknya akan menggagalkan usaha mereka.
"DAP tidak berhak untuk memerintah negara ini memandangkan kaum Cina hanya mewakili 30 peratus sedangkan jumlah umat Islam adalah 60 peratus," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam laman facebook miliknya.
tengok video ni dulu ...
Ujar Hadi, untuk menggagalkan cita-cita DAP, umat Islam di negara ini diseru bersatu kerana hanya melalui penyatuan umat Islam sahaja mampu memastikan negara ini terus diperintah oleh orang Melayu.
"Suka juga Pas nak ingatkan UMNO supaya kembali kepada Islam demi penyatuan dan kekuatan ummah kerana memulihkan agenda politik merupakan satu sumbangan yang besar.
"Biarlah PAN dengan PKR mengikut kehendak DAP dalam memperjuangkan agenda politik dinegara ini tetapi persoalannya, apa peranan kedua-dua parti tersebut?" soalnya.
Tambahnya Abdul Hadi, orang Islam harus buka mata dan sedar daripada terus besekongkol dengan DAP.
"Kita akan tubuhkan unit tertentu seperti NGO untuk memantau orang Islam yang bersekongkol dengan DAP agar calon yang diletakkan itu tidak menang pada pilihan raya umum akan datang. Perjuangan kita merupakan satu perjuangan yang berterusan," ujarnya. - MalaysiaGazette
... kuang .. kuang ... kuang ...
Hangpa jangan gelak kuat sangat kat Haji Hadi dan PAS ..
nampak tak busuk hati dia..
Dia kata rakyat cina 30% jer, jadi macam mana kira Matematik yang DAP nak perintah negara ..? Alasan bingai mana nih..? Setahu aku yang guna ayat ni adalah UMNO. musuh ketat pakatan rakyat semasa PAS duduk sekali dalam pakatan tu dulu...
Dulu UMNO guna taktik ni la nak takutkan pengundi melayu. DAP tu berapa kerat sangat dalam parlimen. Kalau ya pun AMANAH dan PKR dalam PH, takkan la bodoh sangat ahli parlimen melayu islam dalam pakatan harapan nak bagi muka kalau nak ubah perlembagaan. Bodoh ke apa ..?
Kini bila dah keluar, hudud entah ke mana, serang DAP pulak ..?
Geng taksub PAS mungkin boleh angguk sambil rela dicucuk hidung. Tapi bagi golongan pertengahan dan ada akai, akan fikir panjang tentang PAS terutama Haji Hadi.
Soalan cepu emas, kenapa semasa dalam pakatan rakyat dulu dan banyak ahli parlimen PAS menang dibantu pengundi DAP, tak der la pulak nak keluar DAP nak memerintah negara la bagai ...
Aku masih ingat, ada pemimpin PAS kata akan dedah perancangan licik DAP. Mana dia ..?
Selamat tinggal PAS!
BONUS .. sebelum keluar dari blog ni layan video ni dulu.. tapi ni dulu la hahahhahaha
Hangpa dah ada akai ..?
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
13 respon:
Langkah mayat aku dulu kata dap. Amanah okje janji ada jawatan.
wala'unta tetap berada di belakang dgn penuh ketaksuban dan kebangangan
DAP hanya bertanding 60 kerusi, jadi macam mana DAP nak perintah negara? Semakin hari semakin terserlah kebodohan presiden parti penjual agama ni.
Awang kitul menulis guna pen buruk
Anda kurang memahami konsep penjajahan masa kini dan akan datang.
Lihat sajalah dasar dasar yang mereka pegang bukannya rupa atau warna kulit? Terlalu banyak sangat di Ali Babakan, termasuklah lesen, perniagaan, dan kini meresap kepada politik pula di ali babakan.
1). Siapakah yang betul-betul berjuang memastikan Bumiputera mendapat tempat pendidikan, biasiswa, pekerjaan. dll ? Adakah syarikat swasta ?
2) Siapakah yg betul membenteras perjudian , pelacuran.? Ingat kisah Dr.Hassan Ali di selangor dulu.
3)Siapakah yang bersunguh sunguh membina rumah harga rendah untuk rakyat? Lihat apa yg terjadi di P.Pinang
4) Siapakah yg bersunguh-sunguh menaikan ekonomi bumiputera yg kini ketinggalan berbanding kaum pendatang.
sila buat penilaian terhadap perkara di atas saudara....
Tulis betul2 siapa orgnya?
Hasan ali yg berangan nk jd mb tu ke??!
Memang DAP tak boleh memerintah jadi PM dll.Tapi kuasa sebenar ada pd pemerintah pd masa itu hanya kuasa Alibaba..wahai org beriman jangan kamu serah urusan kamu pd kalangan yg bukan hak/ahli macm DAP,PAN,dan yg seumpama dgn nya...hidupx hidup islam...
Kalau Presiden berkata betul kita akan sokiong demi agama dan bangsa.Semoga presiden terus istiqomah dan jangan termakan hasutan si pemecah belah umat.
Mungkin wakil alkafirin yg selalu mencari peluang menjatuhkan islam dan umatnya dibumi barokah ini
Bukn walaunta,walakontol
Adakah pas yg sentiasa Uturn xda pendirian tu yg hak/ahli??!
Presiden sokong najib tu kira betul ke salah....betul ke islam sokong rasuah??
Rasuah tak ape asalkan Islam. Ini ajaran baru ke? Nanti tak lama lagi ada yang kata bela babi tak apa asalkan Islam.
Catat Ulasan