Isnin, 21 Mac 2016

Kalau aku mandul, kau sedap je boleh berzina dengan orang lain ..?

Dulu, saya pernah berkahwin dengan suami (pertama). 4 tahun berkahwin namun masih belum dikurniakan anak. Mertua, ipar, biras serta sepupu sering jadikan saya sebagai bahan tohmahan dan bahan perlian mereka.

Ada yang cakap saya mandul, tak subur, tak reti menjaga rahim, kain buruk dan sebagainya. Allah sahaja yang tahu perasaan dan hati saya pada ketika itu.

Hanya Allah dan ibu bapa sahaja tempat saya mengadu.

Bekas suami saya pada waktu itu pukul saya, hina saya bahkan pernah menghalau saya keluar dari rumah. Tiga hari saya tinggal dalam kereta. Itu belum bab nafkah, mujur saya bekerja dan mampu menyara diri. Kalau tak, tak tahulah.

Selepas 3 hari, saya balik ke rumah. Hancurnya hati saya bila melihat bekas suami buat maksiat dalam rumah. Saya mengamuk tetapi malangnya saya pula yang dipukul di depan perempuan itu.

Saya menangis, akhirnya bekas suami ceraikan saya dengan talak tiga pada hari itu juga bersaksikan wanita dari seberang itu. Saya terus balik ke kampung dan mengambil cuti tanpa gaji selama 3 bulan. Mak dan ayah jaga saya, mereka beri semangat. Hakikitnya saya tahu mereka juga turut bersedih sebab saya satu-satunya anak mereka.

Sepanjang 3 bulan itu, mak banyak memberikan nasihat, suruh saya solat, taubat, dhuha. Saya mengadu pada Allah saban hari. Selepas itu saya balik ke rumah di Kuala Lumpur, sewa bilik sahaja sebab tidak mampu nak cari rumah walaupun bekerja.

Dua bulan kemudian, mak menghubungi saya dan mengarahkan saya balik segera, ada hal mustahak katanya. Rupa-rupanya mak nak kahwinkan saya dengan orang kampung itu juga. Saya cakap tak nak sebab baru 5 bulan menjanda.

"Mak, saya baru menjanda 5 bulan, takkan nak kahwin dalam masa terdekat ini?"

Akibatnya, mak merajuk. Saya pun balik semula ke Kuala Lumpur selepas itu. Saya cuba menghubungi mak, tetapi tak dijawab. Selama 2 minggu saya cuba menghubungi mak, tak pernah jawab. Saya hubungi jiran, jiran kata mak sihat saja. Akhirnya jiran beritahu mak merajuk sebab saya tak nak kahwin.

Alahai mak, saya kenang balik semua kenangan dengan mak. Saya cuba menghubungi mak pada malam itu, mak tak jawab tetapi ayah yang jawabkan. Ayah kata mak merajuk lagi.

"Mak kamu tu merajuk lagi. Siang hari ayah tak ada, tak adalah orang nak jawab telefon," kata ayah.

"Ayah, beritahu mak yang saya setuju kahwin tetapi mak kena janji jangan pulaukan saya lagi. Saya sedih mak buat saya macam ni," kata saya pada ayah.

Ayah serta merta terus jerit pada mak tentang apa yang saya cakapkan tadi. Mak terus ambil telefon dan kata bulan depan saya kena balik kampung untuk kahwin dengan lelaki itu.

Saya hanya mengangguk dalam juraian air mata, demi kemahuan seorang ibu.

Saya balik seminggu lebih awal, uruskan apa yang perlu. Kenduri kecil-kecilan sahaja tetapi sebelum itu saya jumpa lelaki yang saya bakal nikahi itu. Saya cakap saya tak dapat berikan dia zuriat. Dia kata tak apa, itu semua rezeki Allah.

Selepas kahwin, saya sedari dia adalah lelaki yang baik. Mak suruh saya balik kampung dan berhenti kerja di Kuala Lumpur. Saya ikut nasihat mak sebab suami saya tak banyak cakap. Saya balik dengan simpanan yang ada, saya bagi suami beli 1 lembu jantan, 3 lembu betina dan bela di tanah pusakanya. Kami tinggal sebumbung dengan mak dan ayah saya.

Selepas 5 tahun berkahwin, mak pergi buat selama-lamanya. Tidak sampai sebulan, ayah pula pergi. Mak pergi sebab demam, ayah pula mungkin sebab rindukan mak. Mereka pergi dalam tidur. Saya sedih..

"Mati itu pasti, cuma tarikh dan caranya yang berbeza. Kita kena terima qada dan qoda Allah," kata suami membuatkan saya redha.

Sekarang, sudah 9 tahun saya berkahwin. 20 Mac ini genaplah 9 tahun. Anak ssaya pun dah ada 7 orang. No 4 dengan 5 adalah kembar. Sekarang, saya tengah sarat mengandung anak ke lapan. Rezeki Allah nak beri.

Saya dengan lembu-lembu sama-sama subur. Tiap tahun berpantang. Suami saya memang cakap nak 12 orang anak. Saya tak kisah, alhamdulillah semua bersalin normal. Anak-anak saya semua comot-comot. Kalau petang, mereka ikut ayah mereka pergi tambat lembu. Kadang-kadang saya tengok sama berlumpur dengan lembu.

Saya pun dah tak seperti dulu. Dulu pakai bergaya, ada hell tinggi. Sekarang hanya berkain batik dengan selipar jepun. Tetapi saya bahagia dengan anak-anak dan suami.

Bekas suami? 6 tahun lepas saya ada dengar cerita mengenai dia, belum ada rezeki mereka nak ada anak. Saya bukan nak burukan sesiapa tetapi bukalah mata. Bila tak dapat anak, bukan kita perempuan saja-saja tak nak beranak, kadang-kadang Allah belum izinkan. Jangan sindir, jangan dihina. Doakan saya selamat bersalin ya, due date saya 1 Julai ini. - Kisah Rumah Tangga

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

hassan yahaya berkata...

semuga suami,kamu dan anak-anak dirahmati Allah

jalilnor berkata...

puan antara insan terbaik suami isteri

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum kepada Tuan Punya Blog dan Puan yang 'anak-anaknya semua comot-comot" heh heh heh ... kisah menarik tetapi apa yang saya ingin kongsikan cumalah ' persepsi' manusia lain yang cuma nampak salah orang dan langsung tak nampak keburukan sendiri , sebelum tu saya nak bagi tau saya seorang lelaki berumur 56 tahun tak de masalah apa apa sebab saya ada 4 orang anak dan 2 0rang cucu .. memang cucu-cucu saya (kedua-dua lelaki 4 tahun dan dua tahun setengah ; mereka dari anak sulung dan anak kedua saya) sentiasa comot sebab terlalu lasak... (rasanya puan juga merasai seperti apa yang saya rasa bila saya balik kerja tengok cucu cucu saya belari mendapatkan saya tapi muka berselemuih ngan coklat atau gula-gula ( mungkian kerana kedai runcit dekat sangat dengan rumah kami) dan tuan punya kedai tu memang pemurah sering berikan itu ini kat cucu saya., saya paksa dia terima bayaran walaupun dia menolak..
Mesej saya ialah jiwa orang tua macam saya ni dah tak berapa minat kat soal-soal keseronokan atau hiburan yang macam-macam rupa tapi hiburan yang sebenarnya bagi kami ialah bila melihat gelagat cucu-cucu kami yang lincah dan lasak..., memang kalau tak comot bukan budak lelaki...
Mesej kedua saya : Memang manusia dijadikan suka menonjolkan keburukan/kelemahan/kekurangan orang lain dan dalam masa yang sama menyembunyikan keburukan (sikap) mereka sendiri.., tapi jangan lah kita ambil pusing dengan ragam manusia sebab tak mustahil mereka akan terjerat dengan 'helah mereka sendiri' dan ketika itu mereka akan meminta tolong pula dari kita yang selama ini menjadi bahan ejekan/tohmahan/cacian mereka. Memang kita ada rasa nak 'balas dendam' tetapi rasanya dengan musibah mereka terjerat itu cukup bagi kita merasa dendam kita dilunaskan oleh Allah

cikmatgelap berkata...

satu kisah yg menarik......biar mandul...takpe....jgn mcm bendul ...sudahle