Isnin, 21 Mac 2016

Kesempatan Terhidang, Tapi Duk Bercerita Tentang Balak dan Bauksit .... Kenapa Najib Tidak Perjelaskan Isu Bilion2

Nak komen sikit pasal kenyataan
Najib - Saya bukan pencuri harta rakyat
semalam. Cuba kita baca artikel Mkini yang bersumberkan Bernama itu.

BANYAK dan PANJANG Najib bercakap di depan orang ramai semalam ! Gerenti Berbuih2 mulutnya .....

Maksud saya - Najib BOLEH bercakap ! Najib tak bisu !

Kalau dah boleh bercakap panjang di depan khalayak ramai, kenapa duk bercakap tentang balak, tentang bauksit, hentam Tun Mahathir bla bla ...... KENAPA TIDAK BERI PENJELASAN TENTANG RM2.6 BILION DAN/ATAU TENTANG DUIT SRC ?

Logik kan ? ITU yang rakyat nak dengar, terbaik kalau dari mulut Najib sendiri. Nak takut apanya ? Bukankah AG dah kata yang Najib tidak bersalah ? So .... gunakanlah kesempatan itu untuk terangkan apa2 yang masih menjadi tandatanya rakyat !

Yang pi cerita tentang balak atau bauksit itu apa kehal ? Straight direct to the point jer lah.

Perjelaskan tentang duit yang dikatakan derma itu .......

Perjelaskan tentang duit juta2 ringgit yang masuk dalam akaunnya sendiri dan kemudian telah dibelanjanya  tanpa beliau perlu tahu dari mana datangnya duit itu ...... ( sebagai bukti beliau tidak bersalah )

Perjelaskan tentang duit juta2 ringgit yang masuk ke akaun isterinya ....  

ITU YANG RAKYAT NAK DENGAR !

Kalau Najib boleh perjelaskan itu dengan sempurna dan jika diterima rakyat, saya yakin sedikit sebanyak Najib mampu memenangi semula hati rakyat. Tak perlu membazir air liur bercakap tentang hal2 lain untuk yakinkan rakyat tentang dirinya atau menyerang Tun Mahathir supaya rakyat tidak terpengaruh  ......

Penjelasan menyakinkan dari Najib tentang isu2 peribadinya adalah senjata utama dalam menyelamatkan dirinya, Umno dan kerajaan dari kritikan2 Tun Mahathir!

Tapi kenapa Najib mengelak dari beri penjelasan  itu sedangkan kesempatan terbaik sudah tersedia di depan mata ? Anda fikirkanlah ......

Kalau isu 1MDB itu mungkin Najib boleh tunggu laporan dari PAC di Parlimen tidak lama lagi, tapi isu RM2.6 bilion dan SRC sudah tidak ada mana-mana pihak lagi yang siasat. Sudah tidak ada sesiapa yang bakal tampil beri penjelasan kecuali diri Najib sendiri.

Apakah Najib mahu tunggu ada pihak lain yang tetiba tampil dengan PENDEDAHAN GEMPAR baru beliau nak tampil beri penjelasan ? Kalau begitulah, then rakyat akan tertanya pula - kenapa tidak jelaskan sebelum itu ? Kenapa tunggu isu meletup lagi baru nak jelaskan ?

Bukan saja rakyat Malaysia, malah satu dunia menantikan penjelasan Najib ! Tapi Najib bercerita tentang balak dan bauksit ...

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: